Pages

Monday, 13 October 2014

RESEPI ROTI JALA



ROTI JALA YANG SANGAT LEMBUT & NYUMMYYS!


RESEPI ROTI JALA (18 keping)


  • 2 cwn tepung -utk 2-3 org mkn * 1 cwn tpung untutk anggaran 8-9 keping roti jala
  • 2 1/2 cwn air@susu cair (sukatan air=>1cwn tepung=1 1/4 cawan air)
  • 1 s/k garam
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 s/b minyak @ butter cair
blander semua bahan2 di atas..jika acuan cair tambah kan tepung @ jika acuan pekat tambah air sikit..masuk dlm acuan roti jala dan canaikan atas non stik pan..dlm seminit dua dah masak..tak perlu alih2 kan..letak atas pinggan dan gulung2 macam gambar di bawah

 taraaaa!!!dah siap menjala roti

RESEPI KARI DAGING

actually, kari ni request dari husben..dah lama dia ngidam nak mkan kari daging..kebetulan terbanyak plak buat kuahnya, apa lagi..dtgla idea utk menjala roti..hi3..

bahan blander
  • 3bj bwg putih
  • 3 bj bwg merah
  • 1 bj bwg besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 tangkai cili kering (jgn lebih2 ok..nt pedas)
bahan tumis
  • 2 tangkai daun kari
  • bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
  • 2 btg serai (di ketuk)
bahan-bahan lain
  • daging atau ayam
  • air
  • sepeket kari daging @ 3 sb kari daging (bancuh dengan air)
  • santan @ susu cair
  • asam gelugur 3 keping
  • gula merah 3 s/b (bancuh dengan air)
  • 2 s/b kerisik
  • 3 bji kentang (potong dadu)
  • 1 bji carrot (potong dadu)
  • garam 1 s/b @ secukup rasa
  • gula sedikit ganti ajinomoto
cara-cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumis bahan tumis sehingga naik bau
  • tumis bahan blander sampai pecah minyak
  • masukkan kari yang di bancuh dgn air..biar sekejab sampai pecah minyak
  • masukkan daging..gaul sekejab..biarkan kering sedikit..dan masukkan air
  • tunggu sampai daging empuk, masukkan santan
  • masukkan asam gelugur, kerisik, kentang, carrot, garam, gula, gula merah.
  • bila kuah dah agak pekat, boleh di hidangkan!

RESEPI KARI AYAM (KHAS UNTUK ROTI JALA)-NEW UPDATE 16/4/2015

kari ayam ni tak sempat nak snap gambar..tapi rasa dia memang sedap..dan senang..bila mencicah dengan roti jala..mmg xingat dunia :)

bahan tumis
  • 1 tangkai daun kari
  • bunga lawang, buah pelaga, kayu manis
  • 2 biji bwg putih & 2 bji bwg merah di mayang halus
  • halia 1 inci
bahan-bahan lain
  • air asam jawa/asam gelugur(aku guna dua2,tapi kna hati2 dengan kuantiti..nanti terlebih masam)
  • santan (nak lebih kari macam kari mamak,kurangkan santan)
  • ayam di potong kecil
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 4 s/b rempah ayam di bancuh dgn sedikit air
  • 2 s/k serbuk cili (jgn banyak2,nanti pedas)
  • garam,gula
cara-cara:
  • panaskan minyak(jgn terlalu bnyak)
  • tumis bahan2 bertumis sampai kekuningan
  • tumis rempah dan serbuk cili sehingga pecah minyak
  • masukkan ayam dan kentang,gaul sekata dan biar sekejab
  • masukkan air asam sehingga kentang agak masak
  • masuk santan dan perasa (garam lebih kurang 3/4 s/b,gula 1/4 s/b)-boleh adjust ikut citarasa
  • masak smpai pekat

jangan lupa klik SINI!!

Saturday, 17 May 2014

BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND

sempena hari buruh hari tu, aku & suami melajakkan cuti 3 hari utk balik kg aku di Kedah sbb ada sedikit urusan untuk di settle kan..rasanya hampir 9 bulan tak balik..
jadi total cuti kitorg jadi 6 hari termasuk Jumaat Sabtu..memang best gler dpt balik kg..
yang tak bestnya baby Zhariff pulak demam sebab kena tonsil..cian dia :(
untungnya time aku balik tu musim buah mangga..apa lagi? habis berguni2 buah aku hangkut bawak balik Johor..huehehe
family aku kt Kedah dah tak layan pun buah2 ni..
aku kat Johor ni nak makan 3 biji pun dh RM10 hingit!!

aku yang ketamakan buah pelam!huahaha

ok! back to original story
sebenarnya  2 hari yg terakhir tu kitorng bercuti ke Cameron Highland sebelum balik JB..
untuk ke Cameron Highland, ada 2 jalan yg korang boleh pilih..kalau dari utara,boleh ikut Simpang Pulai (bg aku jalan ni plg selesa dan dri segi safety pun lebih terjamin becoz tempat yg ada gaung semua terhadang)
tapi kalau dari selatan kena ikut Tapah (yg ni jalan die PEwww!!seram..bengkang bengkok dia kalah badan ular..gaung pun banyak..langsung takda penghadang..jalan sempit dan memang sgt2 hutan lah..pokok tumbang pun banyak..time kitorang lalu siap ada ranting pokok jatuh lg hempap cermin depan..terkejut beruk!!nasib bek boleh control kete tu lg..kalau tak??nauzubillah..

sampai je di Cameron, terus check in di Copthorne Hotel..dulunya di kenali sebagai Equatorial Hotel kalau tak salah aku..sempena penukaran nama hotel ni kitorng dapatla diskaun untuk superior room jadi rm218 termasuk breakfast utk 2 org + 16% tax..kalau tak maunya dekat rm500 jgak..
org ckp hotel ni berhantu..hi3..tp si kecik zhariff ok je..xde ngamok2 pun..
breakfast dia secara buffee..okla..sedap dan banyak choice..maap la..xsempat nk snap gambar makanan dia sebab asyik sgt melayan perut..
klik
nila Copthorne Hotel tu..besar dan banyak bilik

bilik ni dah bersepah2 kitorang kerjakan
 ni la ghupenya t0ilet dia..okla cuma takde bathtub
banyak gler cermin dlm bilik ni..lebih kurang 4 cermin kot..

actually bnyak tempat menarik kt Cameron Highland ni tapi tak banyak tempat pun kitorang pegi memandangkan kekangan dengan bdak kecik Zhariff tu..di samping niat datang sini nak relex2 je..
kat bawah ni aku ceritakan sikitla tempat2 yang kitorang lawat
buat yang 1st time datang, tak payah risau pasal jalan..sebab tak susah pun nak cari..banyak signboard dan banyak tempat menarik dia main2 di antara Tanah Rata dan Brincang je pun..

Lavender Garden
tambang masuk rm5 seorang..dia buka dari pukul 8 pg sampai 5 ptg shj..
tempat dia cantik walaupun tak besar sgt..tapi sekadar nk jalan2 boleh la..dalam tu ada ladang strawbery utk sape2 yang nak petik sendiri
kalau nak petik bunga,rm2 sekuntum (takda yang foc kat sini)




 aku ingatkan pagar berbunga ni cuma bunga palsu,tapi bila si zhariff ni petik rupa2nya bunag betul plak..nasib bek tak di kejarnya pak guard tu..akekeke..




rehat minum air jub!
cantik tak topi ni??mahal tau!


 ni kedai cenderamata dalam lavender garden..aku beli perfume dia je sebab tergoda dgn bau dia..rm18 kot kalau tak salah


Zhariff sempat lagi berkenalan dgn cik Kitty

Ladang Teh Boh Sg Palas
ni antara ladang teh yg paling famous kat Cameron..boleh dikatakan tempat wajib lawat kalau dtg Cameron
kat atas tu ada cafe..harga dia takla mahal macam Starbuck tu..starting dlm rm3 utk secawan kalau tak salah aku..kitorang xminum pun sbb dah kekenyangan bekpes di hotel
jimat duit!he2..








cakk!!nampak tak saya??

Lavino Cafe
yang ni tempat dia on d way nak pergi Teh Bog Sg Palas tu...
Lavino ni cafe sebenarnya tempat utk minum2 tapi design rumah dia tu menarik sgt..
tu pasal la tak tertahan hati ni nak menyinggah..kalau masuk free of charge aje..
nak makan baru bayar..tapi nak naik dia sangat2 curam..rasa nak terbalik kereta..di ingatkan..sape2 yang nak pegi kena guna gear 1 oke!





c??dinding dia unik sangat..cuma benamkan botol kosong jepun
comel tak design dia?ala-ala rumah orang kerdil..laki aku pun dah mcm org kerdil dah dlm gambar ni..ahahaha..


ni on d way nak turun..gayat glerr

Cactus Valley
kat sini bnyak jual pokok2 bunga,cactus semua adalah..pokok strawbery pn ada kalau nak
cenderamata pun ada jual..tapi tak semurah di Kea Farm









KHM Strawberry
kat sini ada ladang Strawberry..tengok boleh,petik tak boleh!
don't u dare ok!
tapi kitorang dtg sini sebab nak makan ais krim dia yang sedap je
rm2.5 utk satu cup



Bharat Teh Boh
ni pun ladang teh jugak..
kat sini,pelawat boleh turun sendiri ke dalam ladang..untuk ambik gambar ke ape..
tapi view dia tak secantik Teh Bog Sg Palas sebab pokok teh dia macam jarang2 sikit
yang ni tepi jalan je menuju Tanah Rata









Air Terjun Lata Iskandar
air terjun ni memang senang nak cari sebab dia tepi-tepi jalan je..tapi kalau nak ke sini kena guna jalan Tapah..kalau guna jalan Simpang Empat memang tak sampai la..






 ambik feel dulu
muka excited Zhariff dapat mandi

ni jelah tempat2 yang aku sempat lawat sepanjang 2 hari 1 malam di sana
oh ya!
sebelum aku lupa..kalau korang nak shopping sayur ke buah ke
boleh shoping di Kea Farm..
apa yang wajib beli kat sini
-jagung mutiara (manis ya amat!!)
-jeruk jambu (aku tak dapat beli sebab takda sebiji pun time aku pergi tu)
-sayur especially lada benggala..he3
-cenderamata
-strawbery dan pencelup coklat kalau suka
-bunga kalau korang minat la..aku tak beli pun
-teh

tip penting kalau datang Cameron ni
datang la time weekday..jgn la dtg time weekend..
kalau tak,memang jem gler dan rate hotel pun akan jadi mahal..cuma yang bestnya time weekend ni,boleh pegi pasar malam Brinchang!
he3..sebabnya pasar mlm ni bukak Jumaat Sabtu je
dekat kea farm tu jgn main beli je..survey2 dulu..jadilah pengguna yang bijak..beli di tempat rate harga paling murah okies!
peniaga dia macam suka paksa sikit..kita tak cakap apa2 pun dia terus je masukkan benda tu dalam plastik..nak jugak kita beli..ha..kalau korang jumpa peniaga macam ni..blah je..xpayah rasa belas kasihan ke..rasa bersalah ke..sapa suruh dia masukkan..
kita ada hak untuk memilih..
tapi orang cakap antara Kea farm dengan pasar malam Brinchang, better beli di pasar malam Brinchang..kat situ lagi murah..

Sunday, 2 February 2014

TRAVEL:Jalan jalan ke Universal Studio Singapore (2014)

sebelum aku mulakan entry aku kali ni..aku nak buat announcement sikit..
by the way..sekarang aku ada buat promotion untuk barang2 di page fb..k0rang boleh klik SINI..
ataupun boleh direct klik page jiha shop di column kanan..
harga memang aku kasi murahh gil0ss okeyy!

-JOM KE USS-

Hari Isnin yang lepas2 (20/1/2014),aku ke USS (Universal Studio Singapore) dengan 3 orang kawan aku..
USS ni taman tema yang banyak mainan2 extreme tapi don't worry..untuk yang nak bawa anak2 tu still banyak juga mainan yang sesuai dengan dorang..
planning ni sebabkan dah 6 tahun aku duduk johor ni, tak penah lagi aku pegi situ..1st time g Singapore dulu2 pun just jejalan sekitar China Town,Sentosa Island & etc..dan kebetulan pula 2 org kawan aku dah habis master level diorang,jadi lebih kurang pertemuan sebelum perpisahan la..
akekeke..

yang tak syoknya,hari nak pegi tu baby Zhariff  pulak demam..semalaman aku tak tid0 asek jelum badan dia dengan air dengan harapan cepat la suhu badan dia turun..time tu hati dah 50/50 nak pegi ke tak..tapi actually 70% niat aku dah nak cancel trip ke USS tu..risau juga nak tinggal anak time demam2 ni..sebab baby yang demam tanpa perhatian yang betul2 boleh dapat sawan taw..itu la yang paling aku takut..
Alhamdulillah..last2 bole pergi juga..heh3..

Total harga untuk tiket RM200 termasuk tiket bus pergi balik,tiket masuk ke USS,voucer makan $10 dollar,voucer souvenier $5 dollar & voucer untuk parking tiket percuma.
kitorang pergi bertolak pukul 7.30pg di Tune Hotel Jb dan balik 7.30 mlm..
oh ya!
sebelom aku lupa...tiket bus pergi balik RM30..ni dah termasuk dalam RM200 tadi..naik bus di tune hotel JB..make sure sampai sebelum kul 7.15 pg taw! balik pun dia akn hentikan di tune hotel jugak..nak park kereta,boleh park di tune hotel..free ajeee!!



untuk ke Singapore,ada 2 imegrasen yang harus di lalui..Imegresen Malaysia dan Imegresen Singapore..
di imegresen Singapore jangan gatal2 ambik gambar okeyh..warning nih!!
nanti kena tahan..ataupun gadget di rampas..sesiapa yang merokok tu..rokok boleh bawa sekotak shj..itupun rokok yang dah di buka..

Masuk je USS terus ambik map..planning nak main apa dulu supaya sempat main semua dalam masa 1 hari..
berdasarkan pengalaman aku..korang pegi dulu main :

1)Cyclon & Human roller coaster-yang ni aku tengok track dia pun dah gerun sebab panjang semacam..kebetulan hari tu tutup jadi tak berpeluangla nak merasa..Cyclon ni paling extreme sebab kaki kita di atas kepala di bawah dengan track yang menjunam2..roller coaster ni xdedah slow melow..dia trus zuupp!!laju terus oke..rasa nak hilang nyawa..engko nak menjerit pun dah tak mampu..bila behenti kompem kepala pening2..ada yang sampai termuntah2..kecut perot aku tengok..tapi human tu ok ckit la..sebab normal sahaja kaki di bawah kepala di atas..yang extreme nya..track dia panjang..menjunam banyak..corner lap pun banyk..dengan kelajuan yang sesaat tu..engk0 bayangkan la tahap extreme dia..after naik ni..kompem dah xpandang roller coaster lain..

2)Revenge of the Mummy..yang ni mainan dia di zone Ancient Egypt..yang ni pn boleh tahan extreme..sebab slow mo je dia bagi kita tengok show dalam terowong tu..tiba2 zassss!!roaller coaster tu mengundur ke belakang..asa nak terpelanting pun ada..hua3...start dari situ takde dah dia nak slow mo..terus pecut je..corner lot..menjunam..semua ada..cuma yang ni..gelap la sebab dalam terowong kan..pastu dia macam ada show sikit la konon2 kita nak langgar dinding camtu..ok..yang ni aku naik 2 kali..1st naik tu kaki aku menggeletar sebab tak makan terus naik benda extreme..2nd naik tu macam dah tak nak naik..yela.aku ni kan penakot sikit..tapi fikir duit tiket tu..naik jugak la..2nd time naik aku dah tak pejam mata..so..bila tak pejam mata,dia punya ketakutan tu @ tahap gayat tu kurang sikit la compare time pejam mata..

3)Transformer the ride:the ultimate 3D battle-yang ni bestt glerr oke..aku naik 2 kali..dia macam feeling2 jadi transformer gitu..he3..tak caya korang boleh try..asa nak naik 3 kali..tapi kawan2 aku dah tak nak dah disamping kekangan masa

4)Jurassic Park rapids Adventure-ni kena pakai rain coat..kalau tak nanti basah lecun kena simbah air

5)Enchanted Airways-ni dekat zone Far-far away..bendalah ni pun roller coaster jgak..not bad..yang namany roller coaster ni paham2 ajelah..of course mencabar..dan wajib ada menjunam & corner lap yang over lajuuu!!

6)Shrek 4-D Adventures- ni pun di zone far-far away..kita just duduk atas kerusi dngan cermin mata 4D..pastu tgk cerita shrek..nanti boleh tgk la charactor shrek tu keluar scren..kalau dia percik air sekali dengan muka kita pun basah..kalau dia naik kuda..sekali dengan kita pun terenjut2..mcm mana diorang buat??aku pun tak taw..pun bagi aku antara yg best jugak la..

dah settle semua ni,barula korang boleh start ambik gambar..pastu lebihan masa tu main la semua mainan yang tak main lagi

aku time kul 11.30 tu perut dah lapar giler..semua orang pun tercari2 nasi..maklumla..kalau dah namanya perut Melayu tu memang nak makan nasi jek..jumpala gerai yang ada nasi di egypt punya zone

set ni $15.90 Singapore dollar=RM41.12 duit Malaysia..boleh la buat alas perut

time petang tu kitorang makan fast food..
sedap!
fries dia banyak gilerr cheese..meleleh lelehhh




KEMUDAHAN
1)surau-untuk perempuan di sediakan telekung,sekali sembayang 4 org shj kerana bilik dia kecil tapi bersih & wangi(better bawak kain telekung sendiri nkalau nak cepat)
2)toilet (pun bersih)
3)atm mechine
4)nursing facilities (untuk salin pampers baby & so on)
5)stroller baby (sekali sewa $15)
6)wheel chair untuk orang2 tua & oku juga di sediakan ( sekali sewa $15 kot-tak ingat)
7)air minuman kosong (bawak botol air mineral-boleh refill)-terletak di toilet dan sesetengah mainan

APA PERLU BUAT SEBELUM MAIN
-masuk duit siap2 dalam poket takut terlupa bila tinggal beg dalam loker
-loker disedikan (45minit pertama percuma).Fungsinya sebab ada sesetengah ride,tak boleh bawak beg.


APA PERLU BAWA
-aku convert duit singapore dollar sebanyak rm100,dapat la dalam $38 tapi aku guna $2 sahaja di sana untuk top up vaoucer makan,tapi sesiapa yang nak beli sourvenier kenala convert banyak sikit dalam rm200 ke
-passport(yang tak da passport lagi korang boleh refer SINI)
-kad atm(in case tak cukup duit)
-roti 3 (untuk makan-jimat duit),coklat ke
-slippar(aku pakai sport shouse tapi bila petang2 sikit,kaki dah start sakit,so boleh tukar slippar)
-disposible rain coat digunakan ketika main di Jurassic Park Rapids Adventure- beli di watson rm3.3(di universal studio ada di jual $4=RM10.4)..kat sini kalau tak pakai rain coat,kemungkinan akan basah lencun..ada juga di sedikan tempat untuk mengeringkan badan tapi sekali masuk $5 okeyh=Rm12.99

TIP
-pergi hari weekdays (aku pergi hari Isnin pun dah ramai orang,tak boleh bayang kalau hari weekend..kompem crouded gil0ss!!)
-sampai2 je dekat USS tu terus ambik map (ambik map yang english punya la jangan ambik cina punya plak,kang tak faham sepatah habuk pun)
-bagi yang berkemampuan ambikla express tiket. Harganya $30=RM77.94..perhhh..tengok harga pun pengsan..express tiket ni macam tetamu vip la..nak naik ride mana2 xpayah beratur panjang..terus naik je..tapi actually kalau takda express tiket pun boleh je naik semua ride..tapi dapat map je kena terus planning batul2..pegi main mainan yang menjadi tumpuan dulu supaya xpayah beratur panjang
-beg pack tu isi benda2 penting sahaja..sebab kita nak bawa beg tu sepanjang hari..kalau berat,kan dah terbeban
-bawa cermin mata:fungsinya bila tengahari takda la mata terkebil2 nak jalan2 dek matahari yang terik tu
-pakai baju yang selesa (seluar + t shirt)sebab nak main semuanya extreme2
-jangan bazir masa dengan asyik ambik gambar..main dulu semua,nanti petang2 bila dah sudah main baru start ambik gambar
-pergi awal yang mungkin. USS buka start jam 10 pg.


-TAMAT-