sebelum aku mulakan entry aku kali ni..aku nak buat announcement sikit..
by the way..sekarang aku ada buat promotion untuk barang2 di page fb..k0rang boleh klik SINI..
ataupun boleh direct klik page jiha shop di column kanan..
harga memang aku kasi murahh gil0ss okeyy!
-JOM KE USS-
Hari Isnin yang lepas2 (20/1/2014),aku ke USS (Universal Studio Singapore) dengan 3 orang kawan aku..
USS ni taman tema yang banyak mainan2 extreme tapi don't worry..untuk yang nak bawa anak2 tu still banyak juga mainan yang sesuai dengan dorang..
planning ni sebabkan dah 6 tahun aku duduk johor ni, tak penah lagi aku pegi situ..1st time g Singapore dulu2 pun just jejalan sekitar China Town,Sentosa Island & etc..dan kebetulan pula 2 org kawan aku dah habis master level diorang,jadi lebih kurang pertemuan sebelum perpisahan la..
akekeke..
yang tak syoknya,hari nak pegi tu baby Zhariff pulak demam..semalaman aku tak tid0 asek jelum badan dia dengan air dengan harapan cepat la suhu badan dia turun..time tu hati dah 50/50 nak pegi ke tak..tapi actually 70% niat aku dah nak cancel trip ke USS tu..risau juga nak tinggal anak time demam2 ni..sebab baby yang demam tanpa perhatian yang betul2 boleh dapat sawan taw..itu la yang paling aku takut..
Alhamdulillah..last2 bole pergi juga..heh3..
Total harga untuk tiket RM200 termasuk tiket bus pergi balik,tiket masuk ke USS,voucer makan $10 dollar,voucer souvenier $5 dollar & voucer untuk parking tiket percuma.
kitorang pergi bertolak pukul 7.30pg di Tune Hotel Jb dan balik 7.30 mlm..
oh ya!
sebelom aku lupa...tiket bus pergi balik RM30..ni dah termasuk dalam RM200 tadi..naik bus di tune hotel JB..make sure sampai sebelum kul 7.15 pg taw! balik pun dia akn hentikan di tune hotel jugak..nak park kereta,boleh park di tune hotel..free ajeee!!
untuk ke Singapore,ada 2 imegrasen yang harus di lalui..Imegresen Malaysia dan Imegresen Singapore..
di imegresen Singapore jangan gatal2 ambik gambar okeyh..warning nih!!
nanti kena tahan..ataupun gadget di rampas..sesiapa yang merokok tu..rokok boleh bawa sekotak shj..itupun rokok yang dah di buka..
Masuk je USS terus ambik map..planning nak main apa dulu supaya sempat main semua dalam masa 1 hari..
berdasarkan pengalaman aku..korang pegi dulu main :
1)Cyclon & Human roller coaster-yang ni aku tengok track dia pun dah gerun sebab panjang semacam..kebetulan hari tu tutup jadi tak berpeluangla nak merasa..Cyclon ni paling extreme sebab kaki kita di atas kepala di bawah dengan track yang menjunam2..roller coaster ni xdedah slow melow..dia trus zuupp!!laju terus oke..rasa nak hilang nyawa..engko nak menjerit pun dah tak mampu..bila behenti kompem kepala pening2..ada yang sampai termuntah2..kecut perot aku tengok..tapi human tu ok ckit la..sebab normal sahaja kaki di bawah kepala di atas..yang extreme nya..track dia panjang..menjunam banyak..corner lap pun banyk..dengan kelajuan yang sesaat tu..engk0 bayangkan la tahap extreme dia..after naik ni..kompem dah xpandang roller coaster lain..
2)Revenge of the Mummy..yang ni mainan dia di zone Ancient Egypt..yang ni pn boleh tahan extreme..sebab slow mo je dia bagi kita tengok show dalam terowong tu..tiba2 zassss!!roaller coaster tu mengundur ke belakang..asa nak terpelanting pun ada..hua3...start dari situ takde dah dia nak slow mo..terus pecut je..corner lot..menjunam..semua ada..cuma yang ni..gelap la sebab dalam terowong kan..pastu dia macam ada show sikit la konon2 kita nak langgar dinding camtu..ok..yang ni aku naik 2 kali..1st naik tu kaki aku menggeletar sebab tak makan terus naik benda extreme..2nd naik tu macam dah tak nak naik..yela.aku ni kan penakot sikit..tapi fikir duit tiket tu..naik jugak la..2nd time naik aku dah tak pejam mata..so..bila tak pejam mata,dia punya ketakutan tu @ tahap gayat tu kurang sikit la compare time pejam mata..
3)Transformer the ride:the ultimate 3D battle-yang ni bestt glerr oke..aku naik 2 kali..dia macam feeling2 jadi transformer gitu..he3..tak caya korang boleh try..asa nak naik 3 kali..tapi kawan2 aku dah tak nak dah disamping kekangan masa
4)Jurassic Park rapids Adventure-ni kena pakai rain coat..kalau tak nanti basah lecun kena simbah air
5)Enchanted Airways-ni dekat zone Far-far away..bendalah ni pun roller coaster jgak..not bad..yang namany roller coaster ni paham2 ajelah..of course mencabar..dan wajib ada menjunam & corner lap yang over lajuuu!!
6)Shrek 4-D Adventures- ni pun di zone far-far away..kita just duduk atas kerusi dngan cermin mata 4D..pastu tgk cerita shrek..nanti boleh tgk la charactor shrek tu keluar scren..kalau dia percik air sekali dengan muka kita pun basah..kalau dia naik kuda..sekali dengan kita pun terenjut2..mcm mana diorang buat??aku pun tak taw..pun bagi aku antara yg best jugak la..
dah settle semua ni,barula korang boleh start ambik gambar..pastu lebihan masa tu main la semua mainan yang tak main lagi
aku time kul 11.30 tu perut dah lapar giler..semua orang pun tercari2 nasi..maklumla..kalau dah namanya perut Melayu tu memang nak makan nasi jek..jumpala gerai yang ada nasi di egypt punya zone
set ni $15.90 Singapore dollar=RM41.12 duit Malaysia..boleh la buat alas perut
time petang tu kitorang makan fast food..
sedap!
fries dia banyak gilerr cheese..meleleh lelehhh
KEMUDAHAN
1)surau-untuk perempuan di sediakan telekung,sekali sembayang 4 org shj kerana bilik dia kecil tapi bersih & wangi(better bawak kain telekung sendiri nkalau nak cepat)
2)toilet (pun bersih)
3)atm mechine
4)nursing facilities (untuk salin pampers baby & so on)
5)stroller baby (sekali sewa $15)
6)wheel chair untuk orang2 tua & oku juga di sediakan ( sekali sewa $15 kot-tak ingat)
7)air minuman kosong (bawak botol air mineral-boleh refill)-terletak di toilet dan sesetengah mainan
APA PERLU BUAT SEBELUM MAIN
-masuk duit siap2 dalam poket takut terlupa bila tinggal beg dalam loker
-loker disedikan (45minit pertama percuma).Fungsinya sebab ada sesetengah ride,tak boleh bawak beg.
APA PERLU BAWA
-aku convert duit singapore dollar sebanyak rm100,dapat la dalam $38 tapi aku guna $2 sahaja di sana untuk top up vaoucer makan,tapi sesiapa yang nak beli sourvenier kenala convert banyak sikit dalam rm200 ke
-passport(yang tak da passport lagi korang boleh refer SINI)
-kad atm(in case tak cukup duit)
-roti 3 (untuk makan-jimat duit),coklat ke
-slippar(aku pakai sport shouse tapi bila petang2 sikit,kaki dah start sakit,so boleh tukar slippar)
-disposible rain coat digunakan ketika main di Jurassic Park Rapids Adventure- beli di watson rm3.3(di universal studio ada di jual $4=RM10.4)..kat sini kalau tak pakai rain coat,kemungkinan akan basah lencun..ada juga di sedikan tempat untuk mengeringkan badan tapi sekali masuk $5 okeyh=Rm12.99
TIP
-pergi hari weekdays (aku pergi hari Isnin pun dah ramai orang,tak boleh bayang kalau hari weekend..kompem crouded gil0ss!!)
-sampai2 je dekat USS tu terus ambik map (ambik map yang english punya la jangan ambik cina punya plak,kang tak faham sepatah habuk pun)
-bagi yang berkemampuan ambikla express tiket. Harganya $30=RM77.94..perhhh..tengok harga pun pengsan..express tiket ni macam tetamu vip la..nak naik ride mana2 xpayah beratur panjang..terus naik je..tapi actually kalau takda express tiket pun boleh je naik semua ride..tapi dapat map je kena terus planning batul2..pegi main mainan yang menjadi tumpuan dulu supaya xpayah beratur panjang
-beg pack tu isi benda2 penting sahaja..sebab kita nak bawa beg tu sepanjang hari..kalau berat,kan dah terbeban
-bawa cermin mata:fungsinya bila tengahari takda la mata terkebil2 nak jalan2 dek matahari yang terik tu
-pakai baju yang selesa (seluar + t shirt)sebab nak main semuanya extreme2
-jangan bazir masa dengan asyik ambik gambar..main dulu semua,nanti petang2 bila dah sudah main baru start ambik gambar
-pergi awal yang mungkin. USS buka start jam 10 pg.
-TAMAT-