Pages

Wednesday, 4 July 2018

RESEPI SHERPED PIE DAGING


Alkisahnya, semalam aku continue puasa 6. Bila dah petang tu perut pun dah berkeroncong krukk krapp krukk krapp. Sambil-sambil tu scroll la fb. Sekali ada seorang rakan fb post sherped pie dia..perhh..terjejer air liur. Dahla tengah lapar. Apa lagi,laju-laju la buat research pasal resepi sherped pie . Balik kerja terus buat. Walaupun tak boleh nak rasa masa masak tu tapi alhamdulillah family dan kawan-kawan yang rasa semua cakap sedap. BTW aku pun tak taw rasa sherped pie tu macam mana since ni kali pertama makan dan buat. So,no komen.Layan ja lahh



Ok.Jom kita tengok resepi dia!

BAHAN-BAHAN LAPISAN KENTANG
  • 10 biji ubi kentang bersaiz kecil / 5 biji ubi kentang bersaiz besar (aku letak ikut suka)
  • 1/4 cawan fresh milk (aku guna 2/4 cawan depend kepada amount kentang & aku guna susu dutch lady full cream)
  • 2-3 sudu besar butter bergantung kepada amount kentang
  • 1 sudu kecil lada sulah ajishio
  • garam 1 sudu kecil
Ni antara bahan-bahan yang aku guna. BTW aku ni lagi prefer guna bahan apa yang dah ada kat rumah. Macam naturel tu untuk makan dengan roti tapi aku belasah je untuk ganti buttercup.


CARA-CARA MEMBUAT LAPISAN KENTANG
  1. Potong kulit ubi kentang, basuh bersih, potong nipis supaya senang lenyek, letak dalam periuk, masukkan air sehingga paras tenggelam ubi kentang dan masukkan garam 1sk. Rebus sampai empuk.
  2. Bila dah empuk, tos kan dan buang lebihan air. Terus lenyek panas-panas. Aku lenyek guna senduk sahaja. Siapa yang ada food processor boleh blend guna tu. Hasilnya mash kentang lagi halus. macam aku buat ni ada jgak la yang berketul sebab tak terlenyek.
  3. Masukkan butter dan susu. Gaul sekata.
BAHAN-BAHAN INTI DAGING
  • 2 labu bawang merah besar/ bawang holland potong dadu
  • 5 ulas bawang putih di cincang
  • 1 biji tomato potong dadu
  • 1 biji carrot potong dadu kecil
  • 1 botol sos kimball traditional /tomato puree
  • 1 tin cendawan butang potong nipis
  • 1 paket daging cincang(nak murah beli jenama tesco)
  • 1sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
  • sedikit origano
  • 3 sudu besar sos cili
  • garam 1/2 sudu besar
  • kiub ayam knorr 1/2 (optional)


CARA-CARA MEMASAK INTI DAGING SHERPED PIE

  1. Panaskan minyak dalam 5 sudu besar. goreng bawang putih.Masukkan daging yang telah dicuci bersih. Daging ambil masa yang agak lama untuk masak. 
  2. Masukkan bawang merah,tomato,carrot,cendawan, sos cili,tomato puree,serbuk black paper dan garam.
  3. Kacau sehingga kuah agak pekat
CARA-CARA MEMBUAT LAPISAN SHERPED PIE
  1. Buat lapisan nipis mash kentang di bawah sekali
Di sebabkan aku lenyek dengan senduk kayu je,memang ada yang berketul tapi bagi ok sedap la. At least ada jugak isi kentang yang terasa. Kalau betul2 nak macam mash potato tu kena guna food processor.

     2. Letak lapisan daging
3. Letak lapisan mash kentang tebal (habiskan baki kentang yang ada)

4. Pecahkan kuning telur 1 biji. Letak pewarna kuning telur 1@ 2 titik. Griss kan di lapisan atas then gariskan guna garfu.


5. Bakar dalam oven api atas bawah 200 degree 25 minit sehingga lapisan atas kegaringan.


2 comments:

  1. Sedapnyaaaaa jiha!! Nnti nk buat gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat fiza..mmg sedap..tp kena makan time lapo..klau time kenyang xbrp nk menikmati

      Delete