Tuesday, 31 December 2013

karipap putar

dulu2,kalau g beli bekpes memang wajib amek karipap!
hantu karipap bet0l..tapi nampak je karipap putar terus abaikan karipap biasa sebab karipap putar selalunya bestt!dan bila makan krup..krup..rangup glerr!!

jadi,aku pun berazam satu hari nanti aku nak buat sendiri karipap putar..so that..aku b0leh melantak banyak2..hua3!!

ghupenya senang aje nak wat karipap ni..antara rajin dengan tak je!

nak tengok karipap putar versi aku punya??

terliur lettew!

mai cheq nak ajaq cara-cara buat karipap putaq ni
memula masak inti dulu supaya senang 

RESEPI INTI KARIPAP PERISA KARI (anggaran utk 25 bj karipap)

-4bji kentang di potong dadu
-2 bj bwg besar ptg dadu
-2 bj bwg putih rincik kecil2
-2 keping daging burger(cincang2)
-3 s/b rempah kari daging(bancuh dengan air sikit)
-daun sup (potong halus-aku ske letak banyak2 sebab sedap)
-kiub ayam 1 @ 1/2
-garam 1 s/k,gula 2 s/k
-lada hitam 1 s/b tumbuk
-air 2 cawan @ 1 1/2 cawan

*panaskan minyak,tumis bawang,masukkan daging burger
*bila daging dah masak,masukkan rempah,air,garam,gula,kentang,lada hitam
*masakkan hingga air kering & kentang lembut (utk yg suka inti basah2,jgn terlalu kering)
*masukkan daun sup last sekali supaya tak layu sangat

RESEPI INTI KARIPAP LADA HITAM

sama seperti di atas cuma jangan masuk rempah kari sebaliknya di gantikan dengan 2 s/b lada hitam tumbuk

RESEPI KULIT KARIPAP

DOH A
-3 cawan tepung gandum
-2 cubit garam
-1/4 cawan minyak yg panas (panaskan dalam kuali)
-1/2 cawan air suam

*masukkan tepung dalam bekas,masukkan garam,tuang minyak dan kaup dengan senduk perlahan2,masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendaji doh( tepung tidak melekat di jari)

DOH B
-1 1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan planta@majerin(cairkan dan panaskan dalam kuali)

*tuangkan planta panas sedikit demi sedikit dalam tepung,uli sehingga menjadi doh

CARA-CARA MEMBUAT KARIPAP PUTAR
-bahagikan doh A dan doh B kepada 6 bahagian sama besar
-canaikan doh A,masukkan doh b ke dalam doh A yg di canai,tutup semula dengan doh A
-canaikan A,B yg di tutup semula tadi,kemudia gulungkan
-canaikan sekali lagi
-potong kepada 4 bahagian sama besar (tebal lebih kurang 1 1/2 cm)
-canaikan,dan masuk inti
-claim di tepi

SIAP!!


gambar ini aku pinjam dari naz rinn chan supaya korang lebih faham


ha..yang malas nk buat bekpes tu,korang boleh buat karipap frozen..cuma masukkan karipap ni dalam plastik dan simpan ke dalam peti







Sunday, 29 December 2013

gulai ikan tongkol @ nasi berlauk kelantan

semalam husben request gulai ikan tongkol..katanya dah lama tak makan..al-maklum lah anak Kelantan di perantauan..dapat pulak isteri 0re Kedah..memang kempunan la..
berkat usaha aku yang bersungguh-sungguh nak isi perut suami yang tengah mengidam..maka terhasillah gulai ikan tongkol ni

gulai ikan tongkol Kelantan

sebelom ni aku pernah mintak resepi dari mak mentua aku sebabnya gulai ikan tongkol yang dia masak memang marveleousss dan delici0sss!!tapi bila time aku nak buat, tertinggal la pulak resepi tu..makanya aku main masak jela apa yang ingat di kepala otak..tapi hasilnya tetap la nyummy!nyummy!!
p/s:itu kata en husben la..bagi aku,yang mak mentua punya lagi best!(ori Kelantan la katakan)

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL
*actual sukatan aku tak sure sebabnya perangai aku memang suka main campak2 saja sebab aku masak memang ikut kepala sendiri

BAHAN-BAHAN
-asam keping 6
-santan 1 bj
-ikan tongkol 1 ekor
-gula merah 
-garam,gula sebagai perasa
-rempah kari 1 s/b
-serbuk kunyit 1 s/b
-cili kering 6 
-bawang merah 5 bj,putih 3 bj
-lengkuas 3 inci
-serai 2 btg
-halia sikit (1 inci)

STEP 1 (REBUS)
-potong ikan tongkol dan bersihkan (yang ni aku suruh pak cik kat pasar tu potong siap2)
-masukkan semua ikan tongkol ke dalam periuk
-masukkan air(paras-agak2 tutup semua ikan tongkol tu)
-masukkan garam (11/2 besar lebih kurang-sebab aku main campak aje)
-masukkan asam keping(anggaran 5,6 keping)
-masukkan gula merah 1 gulung
*rebus dengan api yang sederhana (org ckp sampai air tu kering lagi sedap-tapi aku tgk ikan macam dh masak aku terus tutup api..nak jimat gas!)

STEP 2(MASAK)
-sediakan santan 1 biji (aku gune separuh je)
-blander sekali rempah kari 1 s/b, serbuk kunyit 1 s/b, cili kering 6 keping, bawang merah 5 bj,bawang putih 3 bj, lengkuas 3 inci, halia sikit, serai 2 btg
-sediakan kuali@periuk,buka api sederhana,masukkan santan (kacau selalu )*kalau boleh lama sikit supaya tak cepat basi
-bila santah dh mendidih lama, masukkan bahan blander tadi
-masukkan asam keping(ambik dari asam keping yg rebus ikan tadi pun xpe)
-masuk gula & garam(optional ikut cita rasa masing2)
-masukkan ikan
-kacau2 sehingga kuah agak pekat

nak lagi sedap,sediakan nasi putih bersama timun dan sambal lada, maka jadilah nasi berlauk kelantan
maapla gambar tak shantekk..xde org sp0ns0r camera dslr


Friday, 27 December 2013

cara naikkan trafik blog dengan ping busuk

okeyh..hari ini aku agak teruja dengan keberkesanan ping.busuk.org yang telah berjaya naikkan trafik blog aku dengan drastikya.

korang tak percaya??

dalam masa seminggu saja aku start blogging,viewer blog aku dah capai 5 angka
mungkin jumlah ni agak sikit bagi golongan 0tai blog,tapi bagi aku..dah kira tahap Wahhhh!!

nak taw caranya??
aku just ping artikel aku ke ping.busuk.org

tengok??trafik sources aku yang tertinggi dalam seminggu ni semua hit dari ping.busuk

terima kasih Ping.Busuk.Org!!

kalau korang berminat korang b0leh daftar dengan ping.busuk..senang saja..korang just letakkan code widget di blog korang yang tercenta tu & ping.busuk akan auto pingkan artikel2 di blog korang..xperlu lagi kita ping secara manual..senang kan??

neway..im new bl0gger (^_^) feel free to follow my blog!

klik!

Thursday, 26 December 2013

tidakkk!!harga cool blog dah naik!


harga gula naik,harga minyak naik,harga tol naik,semalam aku dapat taw harga COOL BLOG PUN NAIK!!

minuman feveret aku tu ..SADISSS!!
lepas ni buat cool blog sendiri jela..blender ais,letak teh,letak susu @ creamer siap!

harga cool blog terbaru effective starting 23/12/2013
yang aku ingat
-topping (pearl ke jelly ke) dari 0.60 jadi 0.70 sen
-tea without flavour dari rm1.80 jadi rm2.00
-tea with flavour cthny (honeydue milk tea) dari rm1.80 jadi +50sen=rm2.50

yang aku selalu beli tu TEH TARIK BLOG dari rm2.80 dah jadi rm3.00
walaup0n cuma naik 20sen,kalau aku menabung..huh!menggunung jugak tu

berjimat-jimatla korang kalau nak survive 2014 nanti!

sempena barang semua dah naik, duit p0ket pun kena naik jugak
jom join contest blogwalking ni 
mana taw..rezekii..dapat duit p0ket lebeyy
klik!

Monday, 23 December 2013

nugget ayam yang sedap..nyum!nyum!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!
kali ni aku nak share resepi nugget ayam yang sedap dan senang!

before ni, aku ada tunjukkan cara-cara buat bebola chewy cheese kfc kan?resepi dia korang boleh refer di sini klik!...kali ni kita buat nugget ayam pulak..

asyik entry resepi aje kn??
sebabnya
aku memang suka masak dan suka makan!
ha..acena tu??
sebab tu la lemak degil kat badan aku takm0 pergi jauh2..syuh2..

senang aje nak buat nugget ni..lepas korang baca blog aku,mesti semangat k0rang berkobar-kobar nak buat sendiri!
rasa dia setanding nuget yang kat kedai tu taw!
bila en husben puji sedap..kembang kempis idung aku..akekeke..
aku ada juga bawak datang makmal tempat aku belajar sekarang ni..dorang cakap aku punya lagi sedap..tak terasa ajinomoto macam nugget kedai tapi cukup rasa semua..
see??
dah terbukti homemade nugget ayam buat sendiri ni memang sihat!
bahan-bahan untuk nugget ni tak sampai rm10 pun!
kasi k0rang terliur sikit!
tengok teksture dia pun sama macam kat kedai punya je

nak taw resepi dia?j0m kita terjahh!!

BAHAN-BAHAN(anggaran 50 keping nugget)
*boleh adjust ikut kemahuan sendiri
-isi ayam boneless 2 (boleh beli kat pasaraya)
-taufu lembut 150gm(tapis 30 minit utk keluarkn airnya)*jgn lebih2 nt adunan trlebih lmbut..sekdar nk basahkn ckit shj tekstur dlmn nuget tu
-tepung gandum 3 sudu besar(jgn lebih,nanti teksture dalam dia keras!)
-lada hitam jenama aji-shio(aku suka jenama ni sebab dalam tu dah ada rasa garam)
-garam 3 cubit(jgn lebih2)

UNTUK COATING(LAPISAN LUAR)
-telur 2 biji
-breadscrum 1/2 paket (nak selamat beli sepeket)

CARA-CARANYA




-blander isi ayam(jgn masukkan air)
-masukkan tauhu,garam,tepung,lada hitam(adjust ikut citarasa masing2)
-gaul sama rata
-leperkan,dan guna acuan love untuk mendapat bentuk yang cantik
-celupkan ke dalam telur
-gaulkan ke dalam breadscrumb
(*aku memula je rajin buat love tapi leceh sebab acuan lembik,so end up aku buat leper2 je)
*satu lagi,jgn buat tebal2 supaya nanti goreng isi dalam akan masak secara keseluruhanny & macam biasa,gunakan api yg perlahan untuk goreng(jgn buka api kuat2 sbb breadscrum cepat hangit)

KLIK!KLIK!

ni la hasilnya!
50 keping nugget!

jom ke SINI!


Sunday, 22 December 2013

permohonan & pendaftaran BRIM 3.0 online 2014 di buka!


wahh..nampak je BRIM mesti laju je korang klik kan??
pasti ramai yang dah tertungu-tunggu saat ni..
ye tak??

oke..
pendaftaran dan kemaskini secara rasminya telah di buka secara online bermula hari ini pada tarikh 
23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.
dan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) akan dibuat pada Februari 2014 kepada yang layak.

tapi aku nak warning awal2 kat korang
*Penerima Baucar Bukur 1Malaysia tidak layak untuk memohon BR1M 2014.

BERAPA NILAI BRIM 3.0??

KLIK!KLIK!
1)Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
2)Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 hinga RM4000 sebulan akan diberikan nilai bantuan sebanyak RM450.
3)Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
Syarat kelayakan permohonan BRIM 3.0 2014
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah


sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)


Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) 2014 secara Online boleh di dapati melalui laman web berikut:
*kalau korang bukak sekarang kemungkinan tak dapat excess sebab mungkin ramai yang try masuk
klik DI SINI

Saturday, 21 December 2013

homemade bebola chewy cheese kfc!

Gud morning guys!


Dah bangun tid0 ke belum tu?? Hari ni aku baik hati nak kongsikan resepi bebola chewy cheese yang tengah hot iklan kfc kt tv tu!! Hot ke?? Memang hot pun..


Di sebabkan iklan tula..aku g makan kfc semalam..semata2 nk try chewy cheese yang konon2 nmpak sedap  tu..


Mahal gil0sss!!! 5 pcs yg kecik cen0net tu dah pun rm5.80..tu bel0m masuk tax lagi..buat sendiri lagi untung taw!

kebetulan en suami time tu request suruh try buat sendiri,memang jadik!lagi best dari kfc!sebab b0le letak cheese banyak2 kt dlm..melelehhh!!

KLIK SINI!


Ni ha resepinya:
(anggaran 35-50 bj bebola-depend on size yang kita buat)
-Ubi kentang 5 biji (rebus sampai empuk &lenyetkan)*letak gram 4 cubit dlm air rebusan
-Tepung gandum 2 1/2cawan (masuk sikit2 sehingga doh tak melekat di jari-seelokny tepung di ayak dahulu)
-Lada hitam jenama aji shi0
-Telur 2 bj
-Breadscrumb 1 paket
-Cheese cheddar 1 (beli yang kecik pun ckup)


Cara-caranya
1)potong cheese cheddar kecil2 (dadu)
2)rebus ubi kentang sampai empuk..tapis supaya semua sisa air keluar dan lenyet kan


3)campurkan ubi kentang lenyek, tepung,lada hitam, garam untuk di gaul sebati.
4)gaul sehingga jadi doh(tak melekat di jari)
5)pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk dan sediakan breadscrum di pinggan
6)bulatkan sebesar biji guli, leperkan dan masuk cheese cheddar yang di potong, tutup dan bulatkan semula sampai cantik
(*sedikit tip:bulatkan kecil shj supaya bila goreng ,crust dia akn jadi ranggup dan lebihkan cheese bg pengemar cheese)
7)celup dalam telur
8)g0lekkan ke atas breadscrumb
siap!dah b0leh di goreng
*goreng dgn api perlahan supayan isi di dalam betul2 masak dan cheese mencair
Rangup di luar, melting di dalam!! Memang best!!


Senang kan??
Selamat mencuba!

resepi homemade nugget ayam==>KLIK SINI


jom KLIK!

Thursday, 19 December 2013

dividen asb 2013 dah keluar!!

DIVIDEN!DIVIDEN!DIVIDEN!

Bila dengar pasal dividen ASB je mula la jari jemari menekan-nekan kalkulator & otak bekerja keras mengira keuntungan..ye x?
kalau belajar, memang malass glerr..bila bab untung,terus A+ matematik!! 

ok..ceritanya begini..
semalam ASB mengumumkan pengagihan dividen ASB dan bonus..time tu aku tengah nak menggoreng keropok..dengar je pasal ASB,laju-laju tutup api(kang terbak0 plak rumah aku)..pecut pegi terc0ngok depan TV tu dengar dia umum berapa dividen untuk tahun ni..sebabnya aku pun melabur dalam ASB..so,nak taw jugak la kan untung ke rugi..akekeke..

BERAPA?BERAPA DIVIDEN TU??
KLIK!KLIK!
ha..kasi suspen cikit..kalau korang nak taw,dividen dia adalah 7.70 sen se unit..
''ape??7.70 sen??eh..mana boleh jadi..turun tu..rugi la camni!!"
ha..itu lah 1st respon aku semalam bila dengar dia umum kat berita..sebabnya aku mengharapkan taun ni naik..tapi harapan tinggal harapan je la..

tapi....jeng3..
bukannya total 7.7..still ada bonus lg..bonus dia sebanyak 1.00 sen se unit..jadi total adalah 8.7% untuk 2013 punya..8.7% ye u'oll!kurang ckit la..taun lepas pnya total, 8.9%..bak kata sorang respon ni "sebelum pilihanraya,NAIK..lepas pilihanraya,TURUN"..ha2..jgn em0tional sangat ye cik abang..dun w0rry..walaupun kurang...still ada lagi keuntungan..Alhamdulillah..

dah taw dividen+bonus semua ni..tahu ke tak tu nak mengira keuntungan cane??ikutje step kt bawah ni:

simpanan x 8.7/100 x berapa bulan simpan/12=keuntungan yang dapat..
kalau xpaham,boleh tanya personal k..

semua pemegang unit bolehla mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 2 januari 2014 untuk tengok korang punya pengagihan dan bonus!

KAYO den!KAYO!!

ok..kat bwah ni aku bagi korang purata keuntungan tahun-tahun lepas in case korang nk compare kan ke..pandai2 la ye (^_^)


ha..bila dah kaya raya tu jangan lupa bayar zakar..BERKAT hid0p..

KLIK DI SINI

Wednesday, 18 December 2013

simple introduction from me *___*

hello reader!
peace upon u (^_^)


im new blogger..(*_*)
nak tahu sape aku??JENG JENG JENGG..
sila rajinkan diri baca di 'KENALI SAYA' hokey :)


actually, I decided to set up a blog of mine a long time ago & pikir punya pikir syukur alhamdulillah! dis tyme i really made it here..ngee ^ ^
dan sebenarnya lagi..
ni bukan lah blog pertama aku..kalau u'oll rajin boleh la visit blog aku yang dulu di sini..tapi blog pertama ni adalah blog untuk aku comercial kan bisnes aku..tapi tak banyak entry pun..sebab takde masa!
since masa aku dah di bahagikan untuk suami,anak dan belajar..but now,i'll try my best to make my personal blog interesting for u reader!

kenapa "nukilan-nuna.blogspot"??why?why?why???

pelik kan nama blog aku ni?memang pelik!tapi i have my own reason..antaranya:
1)sebab blogspot ni terlalu ramai yang nama macam aku,jadi aku dah xboleh nak letak nama sendiri (nurnajihah.blogspot)huh!
2)nuna is the short term for NUr NAjihah..my own name!(nak jugak letak nama sendiri..gigih betul..)
3)nukilan-itupun xtaw ke??pegi beli kamus bahasa dan rajin-rajin bukak..jangan marah ye..ekekeke..


penting sangat ke ada blog ni ??

depend on dat individu..bagi aku,blog ni kind of place utk diari/simpanan supaya suatu hari nanti if ada benda yang terlupa,bolehla aku usha-usha balik entry2 aku sebel0m ni..bet0i dak??bet0i dak??pelek kedah la pul0k(meh nak bagi taw,cheq ni asai orang kedah..hi hi hi..)


d cni jgak bole jadi tmpat ilmu..
kenapa aku cakap camtu?
sebabnya aku sndri pun bila nak taw something, aku akan stalker blog2 orang (kant0i!)
so kalo takda blogger2 ni cane la org lain nak cari ilmu/rujukan..kan kan kan??


hokeyh lah..malaih dah cheq nak membebel..since it was d end of the year..here is my short 2015 wishlist!have a pleasent read guys!

**MY 2014's WhiSHList**

#become good wife and mother

#successfully finish my master level(erk bole ke??)

#nak kurusss!!!!10kg to go(hari-hari makan nasi 3 pinggan,bila mau kurus??isyk2..)


hopefully i can reach my target
c u next entry ^____^

klik DI SINI