Sunday 26 January 2014

NASI AYAM

okeyh..actually..aku buat nasi ayam ni sebab ada tetamu nak datang umah..tapi tak sempat nak masak lagi,tetamu tu dah sampai..sudahnya,tak d0pet la diorang menjamah nasi ayam versi aku ni..ngeh3..
so..sebab memang dah planning nak buat nasi ayam,barang2 pun dah beli..jadi aku masakkan je..makan dengan en husben :)

amacam??nampak sedapp tak??

RESEPI SUP

-panaskan minyak dalam periuk
-tumis bahan kisar (2biji bawang merah,1 biji bawang putih & sedikit halia)
-masukkan ayam yang dah di bersihkan
-masukkan air hingga ayam tenggelam
-masukkan gula 1 s/k,garam secukup rasa,sos tiram,rempah sup 1-2 s/b
-masuk sup bunjut( kalau ada)
-1 kiub ayam
-masukkan kentang yang dh di potong,carrot,bunga kubis putih
-masukkan daun sup
-ayam keluarkan dan tapis untuk perap



RESEPI NASI

-basuh 3 cawan beras & selawat,tapiskan
-masukkan dalam periuk elektrik
-masukkan 4 1/2 cawan sup ayam
-masuk garam secubit
-pewarna kuning @ serbuk kunyit sedikit(tak nak letak pun boleh)
-campak bunga lawang & kulit kayu manis
-simpulkan daun pandan 2 helai dan masukkan jugak
-then tutup periuk,tunggu sampai masak


RESEPI AYAM

-Ayam yang direbus tadi di tapis sisa2 air untuk di perap
-blander bwang merah 3bj+bawang putih 2 bj+halia sedikit
-masukkan bahan blander ke dalam bekas ayam
-masukkan sos tiram 2 s /b,kicap cair manis,kicap pekat sedikit,sos cili 2s/b
-gula 1 s/b
-garam sedikit
-serbuk knor sedikit (optional)
-gaul sebati dan perapkan ayam 1/2 jam
-panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng ayam sampai garing

*nak ayam jadi ranggup,taburkan sedikit tepung beras dan gaul


RESEPI SOS LADA

-blander 8 batang cili merah besar,2 ulas bawang putih,1/4 halia,2 biji tomato
-sediakan periuk dengan api sederhana
-tuangkan bahan blander ke dalam periuk dan kacau
-masukkan 1 s/k garam,3-4 s/b gula,4 s/b cuka,sos cili 3 s/b
-kacau sehingga kelihatan pekat


RESEPI SOS KICAP

-panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang 3 s/b
-tumis bwang merah+bawang putih +halia yang di blender tadi
-masukkan 2 s/b sos tiram,3 s/b kicap lemak manis, kicap cair,sos cili,sedikit kuah sup,gula dan sedikit garam
-kacau sehingga pekat


BAHAN HIASAN

-salad
-tomato
-timun



DAH SIAP!!



Saturday 25 January 2014

RESEPI AYAM LADA HITAM


ni punya menu pun request dari en husben..kalau aku yang nk makan..memang malas nak buat..tapi kalau husben yang request..laju je..kata orang
nak pikat suami,pikat perut dia dulu kan..heh3..


BAHAN-BAHAN klik!
-ayam 1/2 ekor dipotong & dibersihkan(jangan lupa selawat)(lumur dengan garam & kunyit)
-lada hitam 2 sudu besar(di tumbuk)
-blander 2 biji bawang merah besar,2 biji bawang putih,halia 1 inci
-sos tiram
-sos cili
-air asam jawa (asam sedikit shj)
-kicap cair manis
-gula 1 s/k
-garam sedikit
-cili besar merah 1 biji,bawang besar 1 biji (untuk hiasan)

CARA-CARA
-gorengkan ayam hingga garing
-panaskan minyak
-tumis bahan blander sehingga naik bau
-tuang sos tiram 3 s/b,sos cili 2 s/b,kicap manis
-masukkan air asam jawa
-masukkan lada hitam9jgn terlalu banyak,nanti xsedap)
-masukkan gula,garam
-masukkan ayam
-biarkan sekejab
-masukkan bahan hiasan(cili merah & bawang besar yang di potong ring)
-tutp api

Tuesday 14 January 2014

cara membuat pasport kali pertama

Assalamualaikum & selamat petang u'olls!!

nampak tak gambar apa kat bawah ni??
klik sini

ni ler ghupenya pasport untuk orang2 Malaysia yang nak travel ke negara orang..takde pasport ni,jangan mimpi la k0me2 semua nak lepas keluar dari Malaysia

Harini pes time aku buat pasport..engk0 nak g mana cik Kiah buat pasport2 ni?
tak g mana2 pun..saja je buat..(dalam kepala dah nampak dah tempat yang nak d tuju..he2..)
0pkos la aku ade rancangan nak g mana2..kalau tak..buat apa membazir duit buat pasport ni..
mahal taw!

Actually kat Johor ni selalunya orang pegi pejabat imegresen di Pekan Rabu..tapi tadi aku pegi pejabat imegresen Setia Tropika..ok la..ramai jugak orang..tapi ada yang cakap pejabat imegresen d Kulaijaya cepat jugak proses dia..

Berdasarkan pengalaman aku..aku nak nasihatkan k0rang2 yang nak buat pasport ni..g la pejabat imegresen tu awal2 pagi..kul 7.30 pg cmtu..kalau tak..p0net nak menunggu kt imegresen tu..baratus2 orang sehari..ramai beben0r ghupenya rakyat Malaysia yang suke g oversea..
bayangkan la..aku g hari weekday..weekday ye tuan2 & puan..bukan weekend(sabtu ahad)..pukul 8.15 am..pukul 1 pm bru siap aku punya pasport tu!

dan lagi satu,kalau nak berbaloi..buat 5 tahun terus..jangan buat 2 tahun..sebab rugi..
2 tahun untuk dewasa RM100 
5 tahun bayaran dia RM300
memangla secara kasarnya 2 tahun lagi untung becoz kalau RM300 dapat 6 tahun..ye tak pakar2 math semua??
tetapi yang dua tahun punya, cuma valid d gunakan 6 bulan sebelum expired date..pastu korang kena renew..ibaratnya kat sini, RM100 tu untuk 1 1/2 tahun sahaja
yang 5 tahun pulak,memang valid betul2 5 tahun..see??untung ke tak untung?
lagi pun kalau buat 5 tahun terus,tak payah la asek nak kena g renew jek..dah jimat masa d situ..

CARA-CARA MEMBUAT PASPORT BARU

1)pergi ke Pejabat Imegresen
2)ambil nombor giliran di kaunter pendaftaran(tak boleh amek kan untuk orang lain)-tunjukkan kat pegawai tu ic dan gambar pasport 2 keping
3)tunggu di kaunter yang akan di beritahu oleh pegawai tersebut(proses dlm 1 jam jugak gue menunggu)
4)dah settle daftar (kena taw tinggi kita berapa),kena tunggu lagi di kaunter mengambil resit untuk ambil resit serta ic (ni proses dia dlm 30 min)
5)kena tunggu 2 jam untuk submit resit ke kaunter pemprosesan( aku sempat pegi melantak nasi sepinggan & roti canai sekeping)
6)tunggu 30 minit untuk ambik pasport
siap!

APA YANG KENA BAWA

-salinan ic 2 keping(tapi aku bawak dia tak mintak p0n)
-gambar pasport tudung gelap dan latar belakang gambar kaler putih bukan kaler biru(ambik gambar d tempat imegresen tu jek,senang)
-ic yang sebenar

BAYARAN

RM100 untuk 2 tahun
RM300 untuk 5 tahun

bagi warga emas (60tahun keatas) dan kanak2 12 tahun ke bawah
RM80 untuk 2 tahun
RM150 untuk 5 tahun

nak tahu lebih lanjut boleh refer DI SINI