Wednesday 11 July 2018

RESEPI TOMYAM PEKAT PEDAS & MASAM

Sempena meraikan raya 6, Mr hubby request untuk makan makanan seafood ala-ala kampung gitu. Kalau nak makan luar,mahal kan..nak2 plak ikan jenahak bakar. Jadinya baiklah masak sendiri. Pergi pasar, beli ikan jenahak sekor yang besar tu baru RM46. Puas makan 1 family. Antara menu-menu dalam list: ikan jenahak bakar, tomyam ayam,telur dadar,sotong goreng tepung,cendawan goreng tepung,sambal belacan & ayam goreng. Specific gambar tomyam tu maap la..memang tak da..kalau korang tengok gambar tomyam kt bawah memang nmpak biasa-biasa je sebab lighting K.O.Tapi resepi tomyam ni memang terbukti sedap masam pedas dan pekat kawww gitu.


Sotong goreng tepung


RESEPI TOMYAM YANG PEKAT MASAM DAN PEDAS

BAHAN BLEND

  • tomato ranum sebiji
  • cili kering lebih kurang 5 tangkai
  • bawang putih 2 ulas
  • bawang besar sebiji
BAHAN KETUK
  • halia 1 1/2 inci
  • lengkuas 11/2 inci
  • serai 2
BAHAN-BAHAN LAIN
  • akar daun ketumbar 
  • asam jawa adabi 2 sudu besar
  • pes tomyam
  • ayam ptong kecil
  • sotong,udang (optional)
  • kubis
  • carrot
  • daun limau perut 4 
  • tomato potong 6
  • baby jagung
  • cendawan
CARA-CARA
  1. tumis bahan blend (tak nak tumis pun boleh,terus masuk dalam periuk)
  2. masukkan air
  3. masukkan bahan ketuk dan bahan-bahan lain
  4. letak garam gula secukup rasa(*tomato letak last sekali sebab cepat lembut)
IKAN JENAHAK BAKAR

RESEPI PES UNTUK IKAN JENAHAK BAKAR 
  1. blend bawang merah 2 biji, bawang putih 4 biji,halia,serai 2,cili kering,kiub ayam, garam(1/2-1 sudu kecil secukup rasa)
  2. panaskan minyak,tumis,layer kan pes ke bahagian isi dalam ikan. bahagian luar ikan ckup dengan lumur kunyit garam.

Thursday 5 July 2018

BISKUT / KUIH RAYA SENANG SEDAP BERKUALITI DAN JIMAT

Tahun 2018 ni sekali lagi aku rasa mem baking sendiri kuih raya lagi jimat. Memandangkan raya tahun ni aku kena distribute kuih raya kepada 3 pihak, kalau nak beli readymade memang pokaiii. Buat sendiri  confirm menggunakan bahan-bahan berkualiti, sedap, jimat dan quantiti pun banyak. Antara rajin dan malas sahaja. So tahun ni ada dalam 8 jenis biskut raya aku buat. Modal kurang daripada RM250. Exactly berapa tu jangan tanya. Memang tak ingat. Jom terjahh


ni la hasil daripada RM200++
ada 3 set macam ni untuk distribute kepada 3 pihak

BISKUT JEJARI OAT



BAHAN A
  • buttercup 1 buku (250g)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • minyak sapi 1 tin kecil (125g)
BAHAN B
  • 2 sudu besar tepung castard
  • 8 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum(jenama ros)
  • 2 cawan oat yang disangai supaya rangup(11/2 cawan blander halus,1/2 cawan balnder kasar)
  • 1 cawan nestum
  • 2 sudu besar serbuk koko
BAHAN SALUTAN (ayak supaya bersatu)

  • susu tepung everyday 1cawan
  • gula icing 1 sudu besar
CARA-CARA

  1. putar bahan A sebati. (aku kacau guna senduk je)
  2. ayak bahan B dan masukkan ke bahan A
  3. gaul rata
  4. canai guna acuan jejari
  5. bakar 170 degree selama 20minit
  6. salut dengan bahan salutan
BISKUT DAHLIA(SAMPERIT SUSU)


BAHAN-BAHAN
  • tepung jagung 500g
  • susu pekat 1/2 tin
  • 1s/t esen vanila
  • buttercup 1 buku (250g)
CARA-CARA
  1. tepung tak perlu ayak. Masukkan buttercup dalam tepung. Uli2 sehingga jadi seakan2 serbuk roti.
  2. masukkan esen vanilla dan susu
  3. uli sehingga jadi doh
  4. bahagi dua bahagian. 1 bahagian letak pewarna ros.
  5. masuk dalam acuan tangan
  6. bakar 170 degree 20minit
*tip-jangan terlebih susu dan terlebih uli. Nanti jadi kembang.Kalau doh keras dan susah nak tekan tambahkan susu sedikit demi sedikit sampai dapat doh yang lembut. Tak perlu guna wisk. Uli dengan tangan sahaja.

BISKUT Y


BAHAN-BAHAN
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • tepung gandum 5 cawan
  • nestum 1 cawan
  • buttercup hampir 2 buku
  • esen vanila
CARA-CARA
  1. ayak tepung
  2. masukkan esen vanila,gula,nestum,tepung,buttercup
  3. uli sehingga jadi doh
  4. masuk dalam acuan
  5. bakar 170 degree selama 20 minit
*doh-sehingga tak melekat di jari

COOKIES

BAHAN A
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 buku buttercup
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar susu tepung@susu fresh
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
BAHAN B

  • 4 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (ayak)
  • 1/2 sk cream of tartar
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • badam cincang
  • walnut
  • coklat chip
CARA-CARA
  1. satukan semua bahan A sehingga sebati dengan whisk (1 minit shaja,jangan lama)8aku guna senduk sahaja
  2. masukkan bahan B
  3. kacau dan sudukan
  4. bakar 170 degree api atas bawah 18 minit
CONFLAKE MADU


BAHAN A
  • madu botol kecil
  • 125gm butter
  • 1/2 cawan brown sugar
BAHAN B
  • conflake 500gm
BAHAN HIASAN
  • cerry merah/coklat rice
CARA-CARA

  1. panaskan bahan A sampai cair
  2. masukkan bahan B,gaul
  3. senduk ke dalam paper cup
  4. letak cerry
  5. bakar 170 degree 10 minit api atas bawah
BISKUT FLORENTINE


BAHAN-BAHAN

  • 1/2 paket tepung florentine 500g
  • almond flakes
  • biji labu hijau
  • kuaci matahari
  • bijan hitam
  • paper cup/aluminium foil bulat
CARA-CARA

  1. bakar kekacang 5 minit supaya lebih rangup. Sejukkan
  2. masukkan kekacang ke dalam tepung. Gaul
  3. sudukan nipis ke dalam cup
  4. bakar 160 degree selama 9-10 minit
BISKUT COKLAT RICE


BAHAN A

  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 buku buttercup
BAHAN B

  • tepung castard 2 sudu besar-ayak
  • tepung gandum secukupnya -ayak(sampai jadi doh agak2 tidak melekat di jari)
  • coklat rice
BAHAN HIASAN

  • coklat rice/badam cincang
CARA-CARA

  1. pukul bahan2 A. 
  2. masukkan bahan B dan gaul sehingga jadi doh
  3. masuk dalam acuan
  4. pecahkan kuning telur,letak pewarna kuning. Layer kan ke atas kuih dan boleh tabur coklat rice @ badam cincang sebagai hiasan.
BISKUT JEJARI NESTUM


BAHAN-BAHAN

  • coklat beryl milk choc 1kg
  • roti 1 bungkus
  • nestum
CARA-CARA

  1. potong roti ikut size masing2
  2. bakar sehingga ranggup
  3. cairkan coklat guna double boiling
  4. salut roti dalam coklat
  5. salut ke dalam nestum
  6. sejukkan 5-10 minit
  7. masuk dalam bekas

Wednesday 4 July 2018

RESEPI SHERPED PIE DAGING


Alkisahnya, semalam aku continue puasa 6. Bila dah petang tu perut pun dah berkeroncong krukk krapp krukk krapp. Sambil-sambil tu scroll la fb. Sekali ada seorang rakan fb post sherped pie dia..perhh..terjejer air liur. Dahla tengah lapar. Apa lagi,laju-laju la buat research pasal resepi sherped pie . Balik kerja terus buat. Walaupun tak boleh nak rasa masa masak tu tapi alhamdulillah family dan kawan-kawan yang rasa semua cakap sedap. BTW aku pun tak taw rasa sherped pie tu macam mana since ni kali pertama makan dan buat. So,no komen.Layan ja lahh



Ok.Jom kita tengok resepi dia!

BAHAN-BAHAN LAPISAN KENTANG
  • 10 biji ubi kentang bersaiz kecil / 5 biji ubi kentang bersaiz besar (aku letak ikut suka)
  • 1/4 cawan fresh milk (aku guna 2/4 cawan depend kepada amount kentang & aku guna susu dutch lady full cream)
  • 2-3 sudu besar butter bergantung kepada amount kentang
  • 1 sudu kecil lada sulah ajishio
  • garam 1 sudu kecil
Ni antara bahan-bahan yang aku guna. BTW aku ni lagi prefer guna bahan apa yang dah ada kat rumah. Macam naturel tu untuk makan dengan roti tapi aku belasah je untuk ganti buttercup.


CARA-CARA MEMBUAT LAPISAN KENTANG
  1. Potong kulit ubi kentang, basuh bersih, potong nipis supaya senang lenyek, letak dalam periuk, masukkan air sehingga paras tenggelam ubi kentang dan masukkan garam 1sk. Rebus sampai empuk.
  2. Bila dah empuk, tos kan dan buang lebihan air. Terus lenyek panas-panas. Aku lenyek guna senduk sahaja. Siapa yang ada food processor boleh blend guna tu. Hasilnya mash kentang lagi halus. macam aku buat ni ada jgak la yang berketul sebab tak terlenyek.
  3. Masukkan butter dan susu. Gaul sekata.
BAHAN-BAHAN INTI DAGING
  • 2 labu bawang merah besar/ bawang holland potong dadu
  • 5 ulas bawang putih di cincang
  • 1 biji tomato potong dadu
  • 1 biji carrot potong dadu kecil
  • 1 botol sos kimball traditional /tomato puree
  • 1 tin cendawan butang potong nipis
  • 1 paket daging cincang(nak murah beli jenama tesco)
  • 1sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
  • sedikit origano
  • 3 sudu besar sos cili
  • garam 1/2 sudu besar
  • kiub ayam knorr 1/2 (optional)


CARA-CARA MEMASAK INTI DAGING SHERPED PIE

  1. Panaskan minyak dalam 5 sudu besar. goreng bawang putih.Masukkan daging yang telah dicuci bersih. Daging ambil masa yang agak lama untuk masak. 
  2. Masukkan bawang merah,tomato,carrot,cendawan, sos cili,tomato puree,serbuk black paper dan garam.
  3. Kacau sehingga kuah agak pekat
CARA-CARA MEMBUAT LAPISAN SHERPED PIE
  1. Buat lapisan nipis mash kentang di bawah sekali
Di sebabkan aku lenyek dengan senduk kayu je,memang ada yang berketul tapi bagi ok sedap la. At least ada jugak isi kentang yang terasa. Kalau betul2 nak macam mash potato tu kena guna food processor.

     2. Letak lapisan daging
3. Letak lapisan mash kentang tebal (habiskan baki kentang yang ada)

4. Pecahkan kuning telur 1 biji. Letak pewarna kuning telur 1@ 2 titik. Griss kan di lapisan atas then gariskan guna garfu.


5. Bakar dalam oven api atas bawah 200 degree 25 minit sehingga lapisan atas kegaringan.


Tuesday 3 July 2018

RESEPI SOTO JOHOR YANG SIMPLE TAPI SUPERR SEDAP

Resepi kuah soto ni kalau korang follow step by step in sya ALLAH 95% akan jadi. Setelah berkali2 mencuba pelbagai resepi, cuma resepi ni sahaja yang sangat senang,simple dan tersangat sedap. Tak tipu keyy!kalau tak percaya cuba buat..tak perlu guna ajinomoto pun taw!Tq tuan empunya badan yang sudi berkongsi resepi yang marveless ni.




RESEPI KUAH SOTO JOHOR


Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • halia 2 inci
  • kunyit hidup 2 inci @satu
Bahan-bahan lain
  • serai 4 batang diketuk
  • 2 paket rempah kurma cap babas(boleh bancuh dengan sedikit air jika takut hangit)
  • 1 paket rempah sup cap babas
  • sup bunjut 1
  • kiub pati ayam 2
  • ayam seekor potong 4@8
CARA-CARA MEMASAK KUAH SOTO

  1. Panaskan minyak agak2 cukup untuk tumis bahan blander
  2. masukkan bahan2 sup bunjut,biarkan sekejab
  3. masukkan bahan kisar dan halia,tumis sehingga naik minyak
  4. masukkan rempah sehingga naik minyak
  5. masukkan ayam
  6. masukkan air
  7. letak kiub ayam,gula 1/2 sudu garam 2-3 sudu secukup rasa
BAHAN-BAHAN HIASAN SOTO
  • daun bawang
  • taugeh
  • bawang goreng
  • kacang goreng(basuh kacang dan toskan air,masukkn minyak dalam kualai,tabur garam 2@3 cubit dalam minyak,masukkan kacang*tak perlu tunggu minyak panas,goreng sehingga masak,angkat dan sejukkan,kacang akan jadi ranggup dan lemak2 masin)
  • ayam yang di carik2 halus
  • bagedil
  • sambal kicap
RESEPI BAGEDIL

BAHAN-BAHAN BAGEDIL
  • ubi kentang 4-5 biji sederhana besar(kupas kulit,basuh dan potong nipis supaya cepat masak dan senang lenyet)
  • daun bawang dihiris halus
  • cili api 3 biji dipotong halus
  • bawang merah besar 1biji di potong dadu
  • ayam drpd kuah soto yang diracik halus
  • telur 2 buji
CARA-CARA BUAT BAGEDIL
  1. Masukkan kentang ke dalam periuk beserta air(amount air sehingga tenggelam kentang),masukkan garam 1/2 sudu kecil,rebus sehingga empuk
  2. Apabila kentang dah empuk,buang lebihan air dan lenyet *tip-lenyet masa tengah2 panas,jangan tunggu sejuk
  3. masukkan daun bawang,ayam,bawang,cili
  4. gaul sekata
  5. bentukkan bagedil
  6. celup dalam telur
  7. goreng
RESEPI SAMBAL KICAP

BAHAN2 SAMBAL KICAP
  • cili padi RM2 (segenggam@ dua genggam)
  • bawang putih satu labu
  • gula 5 sudu besar
  • kicap 7 sudu besar
  • limau kasturi 1/2 cawan
CARA-CARA
  1. panaskan kuali,masukkan sedikit minyak dalam 4-5sudu,goreng cili padi dan bawang(tutup dengan tudung periuk takut meletup)*tip nak bagi sedap-goreng sehingga garing sedikit @hangit sedikit..sedikit ya..bukan banyak
  2. angkat cili padi dan bawang yang dah di goreng
  3. blander bersama gula,air limau kasturi dan kicap
  4. mula2 sambal akan rasa pedas sedikit..selepas 2-3 hari,dia akan mesra & rasa dia just nice

Monday 16 March 2015

RESEPI SOFT JAPANESE CHEESE CAKE

Resepi yang dah lama aku tringin nak try..
becoz
this is my favorite cake!
sedap..lembut..
&&&
melicinkan duit poket
why??
tiap2 minggu melabur duit ke Jusco semata-mata nak beli kek ni..
tapi memang stress buat kek ni..asik tak menjadi..ni pun dah percubaan kali ke 4..baru menjadi..
aku takla rajin sangat nak buat selalu..of course la lepas tak jadi tu rehat sebulan dua..bila dah ada semangat balik..
baru try semula!
actually..oke jgak la kek tak menjadi..sebab banyak benda aku belajar..setiap kali tak jadi tu mesti ada sebab2 dia..kalau 1st time buat dah perfect..nanti bila ada masalah?tak taw nak cover macam mana plak kan??
okeyh..resepi ni aku terangkan detail termasuklah mistake yang pernah aku buat sebelum ni yang menyebabkan kek bantat lah..menjadi di atas tapi di bawah kek padat dan wet..& masalah2 lain lg..
so kome-kome semua..jangan derhaka dengan resepi..okey!

BAHAN-BAHAN

  • 250g cream cheese @ 5 keping cheese cheddar(aku guna cheese cheddar)
  • 100ml susu cair@susu segar(aku guna susu HL)
  • 50g butter
  • 6 biji telur
  • 65g gula biasa(gula kastor)
  • jus lemon 1 sudu besar(aku guna limau kasturi 1 biji)
  • 60g tepung blue key(superfine)
  • 20g tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar
  • baking paper
  • aluminium foil untuk loyang spring form(loyang biasa tak perlu)
  • loyang bersaiz 8 inci
CARA-CARA

1) Cairkan cheese,susu, butter menggunakan api yang paling slow dan kacau selalu. Bila semua dah cair terus tutup api dan biarkan sejuk. Sementara tu, boleh prepare benda lain dulu.

ni proses untuk cairkan cheese,butter dan susu

ni bila semua dah cair

2) Gris kan loyang dengan butter..bahagian bawah loyang tu letak kertas minyak (baking paper)..adunan ni untuk loyang bersaiz 8 inci..kalau loyang besar nanti kek akan jadi rendah
kertas minyak ni di letak supaya nanti senang nak telangkup kek keluar..kalau tak, ada kemungkinan dia akan melekat kat loyang tu..untuk sp yang memang nak biar kek di dalam loyang..tak perlu guna baking paper

3)ayak tepung superfine dan tepung jagung supaya tak berketul

4)step paling penting! menentukan kek anda jadi ke tak..asingkan telur putih dengan kuning..putih masukkan dalam bekas besar sebab nak beat guna mixer nanti..pastikan putih telur tu tiada sikit pun kuning telur..dan bekas untuk putih telur tu mesti betul-betul kering..tak berminyak..tak da air sikit pun..sama jgak dengan mixer yang nak beat telur putih tu nanti..part ni cerewet sikit..kalau tak nanti telur tak kembang dengan jaya nya...satu lagi..prepare la telur lebih..takut ada telur yang rosak

 seperate telur cantik-cantik macam ni..pastikan anda dapat telur putih semaksimum yang mungkin..gunalah kaedah apa pun yang anda rasa senang..tapis ke..guna botol ke..tak kisah!as long as telur putih tu dapat diasingkan paling banyak yang mungkin
kek ni menggunakan telur putih yang sangat banyak..ada resepi yang guna 4 biji telur shj..dah try..failed!tetap kena guna 6 biji telur

5) Pukul telur putih..kalau pukul guna senduk, pukul laju2 yang mungkin..kalau guna mixer..guna kelajuan yang maksimum..pukul sampai kembang dan berbuih


6) bila dah berbuih tu boleh masukkan cream of tartar..seterusnya masuk gula sikit-sikit..bukan masuk sekaligus ya..pukul lagi sampai bertanduk dan berkilat..kalau nk test jadi ke tak..try terbalik kan bekas telur putih tu..telur tu tak kan jatuh..maksudnya dah jadi la..tapi kalau telur putih tak jadi macam tu..alamatnya awal-awal lagi kita dah taw pengakhiran kek tu..tak jadi!so..silalah buat telur yang baru

ha..nampak tanduk dia?dan betapa berkilatnya kulit si telur??

7)masukkan esen vanila dalam telur kuning untuk elakkan bau telur..kalau yang suka aroma telur..tak perlu esen vanila


8) beat telur kuning guna mixer jugak sebab aku pemalas! beat guna no 1 shj..jgn laju-laju..beat sampai kaler kunig telur jadi pucat dan kembang

kuning telur yang dah pucat akibat kesakitan di pukul..huehehe

9)bila kuning telur dah kembang...masukkan cheese,butter, susu yang di cairkan tadi..bertapis!tapis guna penapis air..supaya tekture dia cantik dan tak berketul..beat lagi..pun guna kelajuan 1 shj..jgn lama-lama..ckup smpai dia dah sebati dengan telur..masukkan jus lemon dan tepung sikit-sikit..jangan masuk sekali gus..pukul sampai tepung sebati dengan adunan..jangan overbeat! sampai tepung tak berketul shj..dan sekali lagi..adunan-adunan tu..tapis guna penapis..untuk elakkan ada yang berketul-ketul

proses menapis adunan

10)pastu adunan tepung tu masukkan dalam bekas telur putih..tuang slow-slow


11)guna sudip @ senduk kayu..kaup balik kan adunan bagi sekata..jangan terlalu lama! cukup agak-agak dah sekata..kaup balik ya..bukan pukul!kalau tak nanti kek bantat..

kaup balik adunan
ni rupanya bila dah sekata

12) panaskan oven 10 minit 170 degree..masakkan air sekali sebab nanti nak bakar guna kaedah steam bath

13)tuang adunan ke dalam loyang slow-slow & berhemah


nampak buble-buble di adunan tu?buble-buble tula nanti akn menentukan tekture kek nanti

14) sediakan lagi satu loyang yang lebih besar daripada loyang kek..tuang air panas dalam loyang tu..agak-agak 1/2 tinggi kek..letak loyang kek kat dalam loyang air panas tu(ni la kaedah steam bath)
jangan sampai loyang kek terapung plak ya
*sp2 yang guna loyang spring form tu..make sure balut dengan aluminium foil dlu sebelum masuk dlam loyang air panas..untuk elakkan kek masuk air



steam bath

15) masukkan dalam oven..set suhu kepada 160 degree..api atas bawah....letak kek tu bahagian paling bawah sekali supaya atas kek tak hangit sangat..lepas 45minit turun suhu ke 140 degree..masa pembakaran 1jam 20 minit..selagi xsampai masa..jangan gatal-gatal nak bukak oven eyh..


lepas 20 minit pembakaran..kek mula naik

lepas 40 minit pembakaran

AFTER 1 HOUR 20 MINUTES!
JENG!JENG!JENG!


tapi..make sure lepas dah masak tu..biarkan dalam oven sekejab dalam 10 minute mcm tu..bukak pintu oven sikit..supaya kek tak terkejut dengan perubahan suhu..then lepas tu terbalikkan dia..dan buang kertas minyak


terbalikkan dan buang kertas minyak di bahagian bawah kek

nila rupanya bila di potong..nampak tak kegebuan cik cheese cake??



bahagian atas agak garing sikit..tapi..i like!!

tekstur kek yang gebu..lembut..lembab-lembab basah..bila picit di telinga..bunyi macam span basah..
mencair di mulut

PERBEZAAN CHEESECAKE YANG JADI & TAK JADI


yang sebelah kiri tak jadi..sebab tekstur dia yang padat dan basah di bawah..still cheese cake..sedap di makan tp dia bukan category soft japanase cheesecake....kalau dapat tekstur kek macam sebelah kanan..tu maksudnya kek korang jadi!

SELAMAT MENCUBA!