Saturday 17 May 2014

BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND

sempena hari buruh hari tu, aku & suami melajakkan cuti 3 hari utk balik kg aku di Kedah sbb ada sedikit urusan untuk di settle kan..rasanya hampir 9 bulan tak balik..
jadi total cuti kitorg jadi 6 hari termasuk Jumaat Sabtu..memang best gler dpt balik kg..
yang tak bestnya baby Zhariff pulak demam sebab kena tonsil..cian dia :(
untungnya time aku balik tu musim buah mangga..apa lagi? habis berguni2 buah aku hangkut bawak balik Johor..huehehe
family aku kt Kedah dah tak layan pun buah2 ni..
aku kat Johor ni nak makan 3 biji pun dh RM10 hingit!!

aku yang ketamakan buah pelam!huahaha

ok! back to original story
sebenarnya  2 hari yg terakhir tu kitorng bercuti ke Cameron Highland sebelum balik JB..
untuk ke Cameron Highland, ada 2 jalan yg korang boleh pilih..kalau dari utara,boleh ikut Simpang Pulai (bg aku jalan ni plg selesa dan dri segi safety pun lebih terjamin becoz tempat yg ada gaung semua terhadang)
tapi kalau dari selatan kena ikut Tapah (yg ni jalan die PEwww!!seram..bengkang bengkok dia kalah badan ular..gaung pun banyak..langsung takda penghadang..jalan sempit dan memang sgt2 hutan lah..pokok tumbang pun banyak..time kitorang lalu siap ada ranting pokok jatuh lg hempap cermin depan..terkejut beruk!!nasib bek boleh control kete tu lg..kalau tak??nauzubillah..

sampai je di Cameron, terus check in di Copthorne Hotel..dulunya di kenali sebagai Equatorial Hotel kalau tak salah aku..sempena penukaran nama hotel ni kitorng dapatla diskaun untuk superior room jadi rm218 termasuk breakfast utk 2 org + 16% tax..kalau tak maunya dekat rm500 jgak..
org ckp hotel ni berhantu..hi3..tp si kecik zhariff ok je..xde ngamok2 pun..
breakfast dia secara buffee..okla..sedap dan banyak choice..maap la..xsempat nk snap gambar makanan dia sebab asyik sgt melayan perut..
klik
nila Copthorne Hotel tu..besar dan banyak bilik

bilik ni dah bersepah2 kitorang kerjakan
 ni la ghupenya t0ilet dia..okla cuma takde bathtub
banyak gler cermin dlm bilik ni..lebih kurang 4 cermin kot..

actually bnyak tempat menarik kt Cameron Highland ni tapi tak banyak tempat pun kitorang pegi memandangkan kekangan dengan bdak kecik Zhariff tu..di samping niat datang sini nak relex2 je..
kat bawah ni aku ceritakan sikitla tempat2 yang kitorang lawat
buat yang 1st time datang, tak payah risau pasal jalan..sebab tak susah pun nak cari..banyak signboard dan banyak tempat menarik dia main2 di antara Tanah Rata dan Brincang je pun..

Lavender Garden
tambang masuk rm5 seorang..dia buka dari pukul 8 pg sampai 5 ptg shj..
tempat dia cantik walaupun tak besar sgt..tapi sekadar nk jalan2 boleh la..dalam tu ada ladang strawbery utk sape2 yang nak petik sendiri
kalau nak petik bunga,rm2 sekuntum (takda yang foc kat sini)




 aku ingatkan pagar berbunga ni cuma bunga palsu,tapi bila si zhariff ni petik rupa2nya bunag betul plak..nasib bek tak di kejarnya pak guard tu..akekeke..




rehat minum air jub!
cantik tak topi ni??mahal tau!


 ni kedai cenderamata dalam lavender garden..aku beli perfume dia je sebab tergoda dgn bau dia..rm18 kot kalau tak salah


Zhariff sempat lagi berkenalan dgn cik Kitty

Ladang Teh Boh Sg Palas
ni antara ladang teh yg paling famous kat Cameron..boleh dikatakan tempat wajib lawat kalau dtg Cameron
kat atas tu ada cafe..harga dia takla mahal macam Starbuck tu..starting dlm rm3 utk secawan kalau tak salah aku..kitorang xminum pun sbb dah kekenyangan bekpes di hotel
jimat duit!he2..








cakk!!nampak tak saya??

Lavino Cafe
yang ni tempat dia on d way nak pergi Teh Bog Sg Palas tu...
Lavino ni cafe sebenarnya tempat utk minum2 tapi design rumah dia tu menarik sgt..
tu pasal la tak tertahan hati ni nak menyinggah..kalau masuk free of charge aje..
nak makan baru bayar..tapi nak naik dia sangat2 curam..rasa nak terbalik kereta..di ingatkan..sape2 yang nak pegi kena guna gear 1 oke!





c??dinding dia unik sangat..cuma benamkan botol kosong jepun
comel tak design dia?ala-ala rumah orang kerdil..laki aku pun dah mcm org kerdil dah dlm gambar ni..ahahaha..


ni on d way nak turun..gayat glerr

Cactus Valley
kat sini bnyak jual pokok2 bunga,cactus semua adalah..pokok strawbery pn ada kalau nak
cenderamata pun ada jual..tapi tak semurah di Kea Farm









KHM Strawberry
kat sini ada ladang Strawberry..tengok boleh,petik tak boleh!
don't u dare ok!
tapi kitorang dtg sini sebab nak makan ais krim dia yang sedap je
rm2.5 utk satu cup



Bharat Teh Boh
ni pun ladang teh jugak..
kat sini,pelawat boleh turun sendiri ke dalam ladang..untuk ambik gambar ke ape..
tapi view dia tak secantik Teh Bog Sg Palas sebab pokok teh dia macam jarang2 sikit
yang ni tepi jalan je menuju Tanah Rata









Air Terjun Lata Iskandar
air terjun ni memang senang nak cari sebab dia tepi-tepi jalan je..tapi kalau nak ke sini kena guna jalan Tapah..kalau guna jalan Simpang Empat memang tak sampai la..






 ambik feel dulu
muka excited Zhariff dapat mandi

ni jelah tempat2 yang aku sempat lawat sepanjang 2 hari 1 malam di sana
oh ya!
sebelum aku lupa..kalau korang nak shopping sayur ke buah ke
boleh shoping di Kea Farm..
apa yang wajib beli kat sini
-jagung mutiara (manis ya amat!!)
-jeruk jambu (aku tak dapat beli sebab takda sebiji pun time aku pergi tu)
-sayur especially lada benggala..he3
-cenderamata
-strawbery dan pencelup coklat kalau suka
-bunga kalau korang minat la..aku tak beli pun
-teh

tip penting kalau datang Cameron ni
datang la time weekday..jgn la dtg time weekend..
kalau tak,memang jem gler dan rate hotel pun akan jadi mahal..cuma yang bestnya time weekend ni,boleh pegi pasar malam Brinchang!
he3..sebabnya pasar mlm ni bukak Jumaat Sabtu je
dekat kea farm tu jgn main beli je..survey2 dulu..jadilah pengguna yang bijak..beli di tempat rate harga paling murah okies!
peniaga dia macam suka paksa sikit..kita tak cakap apa2 pun dia terus je masukkan benda tu dalam plastik..nak jugak kita beli..ha..kalau korang jumpa peniaga macam ni..blah je..xpayah rasa belas kasihan ke..rasa bersalah ke..sapa suruh dia masukkan..
kita ada hak untuk memilih..
tapi orang cakap antara Kea farm dengan pasar malam Brinchang, better beli di pasar malam Brinchang..kat situ lagi murah..