Thursday 5 July 2018

BISKUT / KUIH RAYA SENANG SEDAP BERKUALITI DAN JIMAT

Tahun 2018 ni sekali lagi aku rasa mem baking sendiri kuih raya lagi jimat. Memandangkan raya tahun ni aku kena distribute kuih raya kepada 3 pihak, kalau nak beli readymade memang pokaiii. Buat sendiri  confirm menggunakan bahan-bahan berkualiti, sedap, jimat dan quantiti pun banyak. Antara rajin dan malas sahaja. So tahun ni ada dalam 8 jenis biskut raya aku buat. Modal kurang daripada RM250. Exactly berapa tu jangan tanya. Memang tak ingat. Jom terjahh


ni la hasil daripada RM200++
ada 3 set macam ni untuk distribute kepada 3 pihak

BISKUT JEJARI OAT



BAHAN A
  • buttercup 1 buku (250g)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • minyak sapi 1 tin kecil (125g)
BAHAN B
  • 2 sudu besar tepung castard
  • 8 sudu besar tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum(jenama ros)
  • 2 cawan oat yang disangai supaya rangup(11/2 cawan blander halus,1/2 cawan balnder kasar)
  • 1 cawan nestum
  • 2 sudu besar serbuk koko
BAHAN SALUTAN (ayak supaya bersatu)

  • susu tepung everyday 1cawan
  • gula icing 1 sudu besar
CARA-CARA

  1. putar bahan A sebati. (aku kacau guna senduk je)
  2. ayak bahan B dan masukkan ke bahan A
  3. gaul rata
  4. canai guna acuan jejari
  5. bakar 170 degree selama 20minit
  6. salut dengan bahan salutan
BISKUT DAHLIA(SAMPERIT SUSU)


BAHAN-BAHAN
  • tepung jagung 500g
  • susu pekat 1/2 tin
  • 1s/t esen vanila
  • buttercup 1 buku (250g)
CARA-CARA
  1. tepung tak perlu ayak. Masukkan buttercup dalam tepung. Uli2 sehingga jadi seakan2 serbuk roti.
  2. masukkan esen vanilla dan susu
  3. uli sehingga jadi doh
  4. bahagi dua bahagian. 1 bahagian letak pewarna ros.
  5. masuk dalam acuan tangan
  6. bakar 170 degree 20minit
*tip-jangan terlebih susu dan terlebih uli. Nanti jadi kembang.Kalau doh keras dan susah nak tekan tambahkan susu sedikit demi sedikit sampai dapat doh yang lembut. Tak perlu guna wisk. Uli dengan tangan sahaja.

BISKUT Y


BAHAN-BAHAN
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • tepung gandum 5 cawan
  • nestum 1 cawan
  • buttercup hampir 2 buku
  • esen vanila
CARA-CARA
  1. ayak tepung
  2. masukkan esen vanila,gula,nestum,tepung,buttercup
  3. uli sehingga jadi doh
  4. masuk dalam acuan
  5. bakar 170 degree selama 20 minit
*doh-sehingga tak melekat di jari

COOKIES

BAHAN A
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 buku buttercup
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar susu tepung@susu fresh
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
BAHAN B

  • 4 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (ayak)
  • 1/2 sk cream of tartar
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • badam cincang
  • walnut
  • coklat chip
CARA-CARA
  1. satukan semua bahan A sehingga sebati dengan whisk (1 minit shaja,jangan lama)8aku guna senduk sahaja
  2. masukkan bahan B
  3. kacau dan sudukan
  4. bakar 170 degree api atas bawah 18 minit
CONFLAKE MADU


BAHAN A
  • madu botol kecil
  • 125gm butter
  • 1/2 cawan brown sugar
BAHAN B
  • conflake 500gm
BAHAN HIASAN
  • cerry merah/coklat rice
CARA-CARA

  1. panaskan bahan A sampai cair
  2. masukkan bahan B,gaul
  3. senduk ke dalam paper cup
  4. letak cerry
  5. bakar 170 degree 10 minit api atas bawah
BISKUT FLORENTINE


BAHAN-BAHAN

  • 1/2 paket tepung florentine 500g
  • almond flakes
  • biji labu hijau
  • kuaci matahari
  • bijan hitam
  • paper cup/aluminium foil bulat
CARA-CARA

  1. bakar kekacang 5 minit supaya lebih rangup. Sejukkan
  2. masukkan kekacang ke dalam tepung. Gaul
  3. sudukan nipis ke dalam cup
  4. bakar 160 degree selama 9-10 minit
BISKUT COKLAT RICE


BAHAN A

  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 buku buttercup
BAHAN B

  • tepung castard 2 sudu besar-ayak
  • tepung gandum secukupnya -ayak(sampai jadi doh agak2 tidak melekat di jari)
  • coklat rice
BAHAN HIASAN

  • coklat rice/badam cincang
CARA-CARA

  1. pukul bahan2 A. 
  2. masukkan bahan B dan gaul sehingga jadi doh
  3. masuk dalam acuan
  4. pecahkan kuning telur,letak pewarna kuning. Layer kan ke atas kuih dan boleh tabur coklat rice @ badam cincang sebagai hiasan.
BISKUT JEJARI NESTUM


BAHAN-BAHAN

  • coklat beryl milk choc 1kg
  • roti 1 bungkus
  • nestum
CARA-CARA

  1. potong roti ikut size masing2
  2. bakar sehingga ranggup
  3. cairkan coklat guna double boiling
  4. salut roti dalam coklat
  5. salut ke dalam nestum
  6. sejukkan 5-10 minit
  7. masuk dalam bekas

No comments:

Post a Comment