Tuesday 3 July 2018

RESEPI SOTO JOHOR YANG SIMPLE TAPI SUPERR SEDAP

Resepi kuah soto ni kalau korang follow step by step in sya ALLAH 95% akan jadi. Setelah berkali2 mencuba pelbagai resepi, cuma resepi ni sahaja yang sangat senang,simple dan tersangat sedap. Tak tipu keyy!kalau tak percaya cuba buat..tak perlu guna ajinomoto pun taw!Tq tuan empunya badan yang sudi berkongsi resepi yang marveless ni.




RESEPI KUAH SOTO JOHOR


Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • halia 2 inci
  • kunyit hidup 2 inci @satu
Bahan-bahan lain
  • serai 4 batang diketuk
  • 2 paket rempah kurma cap babas(boleh bancuh dengan sedikit air jika takut hangit)
  • 1 paket rempah sup cap babas
  • sup bunjut 1
  • kiub pati ayam 2
  • ayam seekor potong 4@8
CARA-CARA MEMASAK KUAH SOTO

  1. Panaskan minyak agak2 cukup untuk tumis bahan blander
  2. masukkan bahan2 sup bunjut,biarkan sekejab
  3. masukkan bahan kisar dan halia,tumis sehingga naik minyak
  4. masukkan rempah sehingga naik minyak
  5. masukkan ayam
  6. masukkan air
  7. letak kiub ayam,gula 1/2 sudu garam 2-3 sudu secukup rasa
BAHAN-BAHAN HIASAN SOTO
  • daun bawang
  • taugeh
  • bawang goreng
  • kacang goreng(basuh kacang dan toskan air,masukkn minyak dalam kualai,tabur garam 2@3 cubit dalam minyak,masukkan kacang*tak perlu tunggu minyak panas,goreng sehingga masak,angkat dan sejukkan,kacang akan jadi ranggup dan lemak2 masin)
  • ayam yang di carik2 halus
  • bagedil
  • sambal kicap
RESEPI BAGEDIL

BAHAN-BAHAN BAGEDIL
  • ubi kentang 4-5 biji sederhana besar(kupas kulit,basuh dan potong nipis supaya cepat masak dan senang lenyet)
  • daun bawang dihiris halus
  • cili api 3 biji dipotong halus
  • bawang merah besar 1biji di potong dadu
  • ayam drpd kuah soto yang diracik halus
  • telur 2 buji
CARA-CARA BUAT BAGEDIL
  1. Masukkan kentang ke dalam periuk beserta air(amount air sehingga tenggelam kentang),masukkan garam 1/2 sudu kecil,rebus sehingga empuk
  2. Apabila kentang dah empuk,buang lebihan air dan lenyet *tip-lenyet masa tengah2 panas,jangan tunggu sejuk
  3. masukkan daun bawang,ayam,bawang,cili
  4. gaul sekata
  5. bentukkan bagedil
  6. celup dalam telur
  7. goreng
RESEPI SAMBAL KICAP

BAHAN2 SAMBAL KICAP
  • cili padi RM2 (segenggam@ dua genggam)
  • bawang putih satu labu
  • gula 5 sudu besar
  • kicap 7 sudu besar
  • limau kasturi 1/2 cawan
CARA-CARA
  1. panaskan kuali,masukkan sedikit minyak dalam 4-5sudu,goreng cili padi dan bawang(tutup dengan tudung periuk takut meletup)*tip nak bagi sedap-goreng sehingga garing sedikit @hangit sedikit..sedikit ya..bukan banyak
  2. angkat cili padi dan bawang yang dah di goreng
  3. blander bersama gula,air limau kasturi dan kicap
  4. mula2 sambal akan rasa pedas sedikit..selepas 2-3 hari,dia akan mesra & rasa dia just nice

No comments:

Post a Comment