Wednesday 11 July 2018

RESEPI TOMYAM PEKAT PEDAS & MASAM

Sempena meraikan raya 6, Mr hubby request untuk makan makanan seafood ala-ala kampung gitu. Kalau nak makan luar,mahal kan..nak2 plak ikan jenahak bakar. Jadinya baiklah masak sendiri. Pergi pasar, beli ikan jenahak sekor yang besar tu baru RM46. Puas makan 1 family. Antara menu-menu dalam list: ikan jenahak bakar, tomyam ayam,telur dadar,sotong goreng tepung,cendawan goreng tepung,sambal belacan & ayam goreng. Specific gambar tomyam tu maap la..memang tak da..kalau korang tengok gambar tomyam kt bawah memang nmpak biasa-biasa je sebab lighting K.O.Tapi resepi tomyam ni memang terbukti sedap masam pedas dan pekat kawww gitu.


Sotong goreng tepung


RESEPI TOMYAM YANG PEKAT MASAM DAN PEDAS

BAHAN BLEND

  • tomato ranum sebiji
  • cili kering lebih kurang 5 tangkai
  • bawang putih 2 ulas
  • bawang besar sebiji
BAHAN KETUK
  • halia 1 1/2 inci
  • lengkuas 11/2 inci
  • serai 2
BAHAN-BAHAN LAIN
  • akar daun ketumbar 
  • asam jawa adabi 2 sudu besar
  • pes tomyam
  • ayam ptong kecil
  • sotong,udang (optional)
  • kubis
  • carrot
  • daun limau perut 4 
  • tomato potong 6
  • baby jagung
  • cendawan
CARA-CARA
  1. tumis bahan blend (tak nak tumis pun boleh,terus masuk dalam periuk)
  2. masukkan air
  3. masukkan bahan ketuk dan bahan-bahan lain
  4. letak garam gula secukup rasa(*tomato letak last sekali sebab cepat lembut)
IKAN JENAHAK BAKAR

RESEPI PES UNTUK IKAN JENAHAK BAKAR 
  1. blend bawang merah 2 biji, bawang putih 4 biji,halia,serai 2,cili kering,kiub ayam, garam(1/2-1 sudu kecil secukup rasa)
  2. panaskan minyak,tumis,layer kan pes ke bahagian isi dalam ikan. bahagian luar ikan ckup dengan lumur kunyit garam.

No comments:

Post a Comment