Sempena meraikan raya 6, Mr hubby request untuk makan makanan seafood ala-ala kampung gitu. Kalau nak makan luar,mahal kan..nak2 plak ikan jenahak bakar. Jadinya baiklah masak sendiri. Pergi pasar, beli ikan jenahak sekor yang besar tu baru RM46. Puas makan 1 family. Antara menu-menu dalam list: ikan jenahak bakar, tomyam ayam,telur dadar,sotong goreng tepung,cendawan goreng tepung,sambal belacan & ayam goreng. Specific gambar tomyam tu maap la..memang tak da..kalau korang tengok gambar tomyam kt bawah memang nmpak biasa-biasa je sebab lighting K.O.Tapi resepi tomyam ni memang terbukti sedap masam pedas dan pekat kawww gitu.
Sotong goreng tepung |
RESEPI TOMYAM YANG PEKAT MASAM DAN PEDAS
BAHAN BLEND
- tomato ranum sebiji
- cili kering lebih kurang 5 tangkai
- bawang putih 2 ulas
- bawang besar sebiji
BAHAN KETUK
- halia 1 1/2 inci
- lengkuas 11/2 inci
- serai 2
BAHAN-BAHAN LAIN
- akar daun ketumbar
- asam jawa adabi 2 sudu besar
- pes tomyam
- ayam ptong kecil
- sotong,udang (optional)
- kubis
- carrot
- daun limau perut 4
- tomato potong 6
- baby jagung
- cendawan
CARA-CARA
- tumis bahan blend (tak nak tumis pun boleh,terus masuk dalam periuk)
- masukkan air
- masukkan bahan ketuk dan bahan-bahan lain
- letak garam gula secukup rasa(*tomato letak last sekali sebab cepat lembut)
IKAN JENAHAK BAKAR
RESEPI PES UNTUK IKAN JENAHAK BAKAR
- blend bawang merah 2 biji, bawang putih 4 biji,halia,serai 2,cili kering,kiub ayam, garam(1/2-1 sudu kecil secukup rasa)
- panaskan minyak,tumis,layer kan pes ke bahagian isi dalam ikan. bahagian luar ikan ckup dengan lumur kunyit garam.
No comments:
Post a Comment